Umur Semakin Singkat

Saudara-saudari yang dikasihi sekalian.

Umur atau usia kita semakin singkat. Ya, sebenarnya usia kita yang masih bersisa ini semakin hari semakin pendek. Makin berkurang. Baki hidup kita makin singkat. Sedangkan hidup kita makin hari makin sibuk.

Marilah sama-sama kita renungkan adakah kita memperuntukkan sebahagian masa kita untuk mengabdikan diri kita kepada Allah S.W.T?

Jangan kita dilalaikan dengan urusan keduniaan semata-mata. Dalam kita berusaha mencari rezeki yang halal, jangan kita lupa dengan masa depan kita di akhirat nanti.

Umur kita semakin singkat. Masa yang ada ini perlu kita gunakan sebaik-baiknya kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Peluang yang ada tidak akan datang lagi.

Bila kita kembali kepada Allah S.W.T, kita tidak akan ditanya “Berapa banyak harta yang berjaya kita kumpulkan?”. Kita juga tidak akan ditanya “Apakah pangkat yang telah kita dapat?”.

Tinggalkan komen