Ijtimak Tabligh Sedunia 2009

Ijtimak Tabligh Sedunia 2009 yang telah diadakan pada Khamis, 9 Julai 2009 baru lalu di sekitar Kuarters KLIA, selama tiga hari, berakhir pada Ahad 12 Julai 2009.

Seramai lebih 60 ribu jemaah tabligh berdaftar untuk hadir. Sambutan luar jangkaan dengan kehadiran lebih 100 ribu jemaah termasuk yang tidak berdaftar hadir merangkumi rakyat tempatan, pendatang asing dan jemaah luar negara.

Sebagai seorang muslim, kita patut berasa bangga dan bersyukur kerana Allah S.W.T telah mengizinkan perhimpunan besar itu diadakan dengan penuh lancar.

Dengan sasaran seribu jemaah dapat dikeluarkan, matlamat ijtimak itu ialah untuk mengeluarkan seberapa banyak jemaah untuk dihantar ke seluruh dunia.

Pemilihan kuarters KLIA sebagai lokasi ijtimak adalah amat tepat sekali kerana kedudukannya yang sungguh strategik dari segi kemudahan pengangkutan dan kesesakan jalan raya.

Semoga Allah S.W.T merahmati dan memberikan bantuan kepada jemaah yang bergerak seluruh alam demi menyampaikan dakwah, meneruskan wasilah perjuangan Baginda Nabi S.A.W.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: