Syukur, Alhamdulillah Atas Nikmat Kesihatan

Tuan puan, saudara saudari yang dikasihi sekalian.

Marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadhrat Allah S.W.T kerana pagi ini kita masih diberi kesihatan yang baik. Sedang pada masa yang sama masih ramai yang tidak bernasib baik, tidak berada dalam keadaan sihat seperti kita.

Ramai yang masih terlantar di hospital, di rumah-rumah. Makam minum terpaksa dibantu oleh orang lain. Ada yang terpaksa buang air menggunakan bekas dan saluran khas.

Tapi kita masih diberikan Allah S.W.T kesihatan yang baik. Kita tidak perlukan bantuan orang lain dalam menunaikan hajat kita yang asas seperti makan, minum dan ke bilik air.

Bayangkan bagaimana kalau situasi kita hari ini sebagaimana mereka yang kurang bernasib baik. Tentu banyak perkara yang tidak dapat kita lakukan. Kita berasa tidak seselesa pada hari ini jika kesihatan kita tidak baik.

Sebagai tanda syukur kita kehadrat Allah S.W.T yang telah memberikan kita nikmat kesihatan yang tidak boleh dijual beli, maka seharusnyalah kita menggunakannya untuk kebaikan.

Hendaklah kita dalam kesibukan apa yang kita lakukan, jangan pula kita mengabaikan terus amal kebajikan.

Jika kita tidak dapat lakukan kebaikan dengan banyak, lakukan juga biarpun sedikit. Allah S.W.T lebih memandang kualiti amal berbanding kuantiti. Amal yang berkualiti ialah yang ikhlas dan diterima di sisi Allah S.W.T.

Wassalam

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: