Pendidikan Awal Agama

Saya banyak mempelajari hukum-hakam agama secara tidak formal dan separa masa. Semasa di kampung saya sering mengikuti pengajaran agama selepas solat maghrib di madrasah berdekatan rumah yang diajar oleh guru saya Haji Jusoh.

Haji Jusoh adalah seorang ulama lepasan pengajian sekolah pondok di Kelantan. Pengetahuan beliau sangat mendalam mengenai hukum-hukum fekah. Pengajaran beliau banyak berasaskan kitab-kitab tua. Beliau sangat mahir menafsirkan kandungan kitab-kitab fekah lama yang ditulis dalam tulisan jawi dan gaya bahasa lama.

Banyak yang sempat saya pelajari dengan beliau. Selain itu saya kadang-kadang mengikuti pengajian beliau di masjid dan madrasah lain yang mengundang beliau mengajar.

  1. #1 by jus on September 12, 2011 - 12:58 am

    awal agama mengenal Allah..
    dah kenal Allah ikutlah perintah Allah
    dan jalanilah hukum yang Allah dah perintahkan..
    tak kenal Allah .. macamana nak dapat perintah menjalankan hukumnya..
    takkan hukum nak belajr kot.. hukum kena ambil dari Allah..
    tu sebab diperintahnya manusia mengenal dia.

    • #2 by suarataqwa on September 12, 2011 - 1:46 am

      Hukum Allah adalah bersumberkan Al Quran dan Hadis. Hukum Allah tidak boleh diambil atau ditafsirkan sewenang-wenang. Ulama’ dan orang-orang berilmu yang dapat mengenal nas dan dalil bagi setiap hukum. Bukankah untuk menjadi orang alim ulama’ dan berilmu perlu pada belajar?

  2. #3 by ibnu hatari on Februari 24, 2012 - 10:43 am

    ilmu tanpa dzikir, pengetahuan menjadi maklumat.

    tapi

    dzikir tanpa ilmu, jahil menghampiri

    sesat….

  3. #4 by suarataqwa on Februari 27, 2012 - 12:48 am

    Makna perkataan zikir/dzikir yang berasal daripada bahasa arab ialah mengingati Allah swt di dalam hati. Terdapat satu lagi jenis zikir ialah zikir dengan mengeraskan suara atau disebut sebagai zikir jihri seperti amalan zikir dalam tariqat tertentu.

    Zikir adalah amalan yang istemewa kerana ia boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan tanpa mengira masa. Untuk mengingati Allah swt tidak perlu kepada ilmu yang tinggi. Wallahu’alam.

  4. #5 by Tanpa Nama on Mei 29, 2012 - 11:58 am

    dlm dzmn yg moden ni bgemne cre kte..mencgah maksiat..sbb pmrinth sje tk mmpu mencegah..walo 50/o

  5. #6 by x thu on Mei 22, 2013 - 9:29 am

    apalah pemerintah zaman skrg .. x xngke plak jdi begini negara kite .. buat k0nsert lh .. buat ceramah agama jrg plak .

%d bloggers like this: