Pendidikan Akademik

Seorang insan kerdil yang dilahirkan di negeri kelahiran Tok Kenali. Dilahirkan di Jajahan Bachok. Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Perupok, Bachok. Pendidikan menengah rendah di Sekolah Menengah Rendah Bachok. Pendidikan menengah pula belajar di Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu.

Melanjutkan pengajian di peringkat universiti dengan pengajian peringkat diploma di Universiti Pertanian Malaysia. Menyambung pengajian di peringkat sarjana muda juga di Universiti Putra Malaysia. Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Teknologi Malaysia.

  1. #1 by Tanpa Nama on Oktober 26, 2011 - 4:27 pm

    salam..saya nk tanye jika perbuatan menarik sedikit telekung ketika solat untk sujud.kerana ketika sujud telekung menutupi tempat sujud.adakah perbuatan saya itu merosakan solat.

    • #2 by suarataqwa on Oktober 30, 2011 - 8:32 pm

      Terlebih dahulu suarataqwa mengucapkan terima kasih atas pertanyaan yang baik ini.

      Dalam majlis-majlis ilmu yang membicarakan mengenai perkara-perkara yang membatalkan solat yang pernah saya ikuti adalah antara lain ialah melakukan perbuatan-perbuatan besar sebanyak kalau tak silap saya tiga kali atau lebih secara berturut-turut (harap saudara/saudari pembaca dapat semak dengan kitab fekah mengenai perkara yang membatalkan solat).

      Manakala perbuatan-perbuatan kecil pula tidak membatalkan solat tetapi mencacatkan solat. Kata guru saya perbuatan kecil adalah sekadar pergerakan yang dilakukan dengan jari sahaja. Pergerakan besar pula ialah pergerakan yang tidak termasuk dalam pergerakan asas untuk melaksanakan rukun-rukun solat seperti mengangkat tangan untuk menggaru gatal, mengalih kedudukan kaki dan lain-lain pergerakan yang ketara.

      Berbalik kepada persoalan tadi, ia bergantung pada cara bagaimana perbuatan menarik telekung itu dilakukan. Jika ia tidak melibatkan pergerakan besar sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu dari mula mengangkat tangan, menarik telekung dan menurunkan semula tangan maka solatnya tidak batal.

      Jika dilakukan dengan cermat, selepas mengangkat tangan pada kedudukan yang diperlukan, pergerakan besar yang seterusnya boleh dikurangkan dengan cara menarik telekung dengan menggunakan jari sahaja tanpa menggerakkan keseluruhan tangan.

      Sekalipun solatnya tidak terbatal disebabkan ia dilakukan secara teliti dan cermat, tetapi kualiti dan pahal solat tetap terjejas. Oleh itu cara yang lebih selamat ialah dengan memastikan telekung dipakai elok-elok sebelum memulakan solat.

      Maksudnya telekung yang dipakai hendaklah siap-siap tidak menutupi dahi kerana anggota muka orang perempuan termasuklah dahi adalah tidak wajib ditutup semasa bersolat. Jika telekung telah dipakai dengan sempurna, maka permasalahan tadi tidak akan timbul lagi.

      Sekadar itu yang dapat dijelaskan berdasarkan pengetahuan saya yang masih cetek dalam hukum-hakam agama. Sayugia hendaknya sahabat-sahabat pembaca merujuk pada guru-guru yang lebih arif tentang permasalahan seumpama ini.

      Wallaahu ‘a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: