Archive for category Tok Guru Hj Jusoh

Menyempurnakan Salam Sebagai Rukun Sembahyang Ke-13

Assalaamu’laikum wbt.

Sahabat-sahabat SuaraTaqwa sekalian.

Semoga semua dalam Redha dan Rahmat Allah SWT.

Baiklah.

Menghadapkan wajah ke kiblat adalah satu daripada syarat sah sembahyang. Menurut ahli-ahli fekah, perbuatan menoleh yakni memalingkan muka sama ada ke kiri atau ke kanan semasa dalam sembahyang adalah jatuh kepada perbuatan yang membatalkan sembahyang.

Oleh yang demikian kita hendaklah memastikan agar muka atau wajah sentiasa menghadap ke arah kiblat pada sepanjang sembahyang. Hal ini tidak sukar dan tidak menjadi masalah buat kita.

Walau bagaimanapun mungkin ada antara kita tidak menyedari telah melakukan perbuatan berpaling semasa sembahyang menyebabkan sembahyangnya terbatal. Ia boleh berlaku semasa menunaikan rukun sembahyang yang ke-13 iaitu memberi salam.

Menurut guru saya, Allahyarham Tok Ayah Soh, dalam mengucapkan kalimah Assalaamu’alaikum Warohmatullahi Wabarokaatuh sebagai melaksanakan rukun salam dan penutup sembahyang, wajah kita tidak boleh dipalingkan ke kanan selagi mana ucapan belum sempurna.

Ucapan salam dikira sempurna apabila sebutan sampai pada kalimah ‘alaikum. Maksudnya kesempurnaan ucapan salam dalam sembahyang ialah mengucapkan “Assalaamu’alaikum”. Ini adalah kalimah wajib dalam salam, dan kalimah selepasnya adalah sunat sahaja.

Apabila sempurna ucapan salam dengan kalimah yang wajib seperti dinyatakan tadi, barulah boleh berpaling wajah ke arah kanan. Jika sebelum itu kita sudah berpaling, maka menurut guru saya sembahyang boleh batal kerana dalam keadaan sembahyang belum selesai, kita sudah berpaling wajah daripada arah kiblat.

Manakala kadar berpaling yang dikira sempurna ialah dengan ukuran dengan kadar pandangan mata kanan kita nampak hujung bahu kanan.

Wallahu’a’lam.

Semoga Allah SWT menjadikan kita semua kalangan orang-orang yang mengambil berat akan kesempurnaan sembahyang.

Aamin Yaa Robbal’Aalamin.

Advertisements

6 Komen

Cara afdhal membasuh tangan ketika berwuduk

Membasuh tangan hingga ke siku adalah rukun wuduk yang kedua iaitu selepas membasuh muka. Amalan sunat sebelum itu ialah membasuh kedua-dua tangan hingga pergelangan, berkumur, dan memasukkan air ke hidung.

Saya telah mendengar guru saya, Tok Ayah Soh mengajar cara-cara membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku. Sebenarnya sayarat sah rukun wuduk kedua ini ialah meratakan air pada anggota kedua-dua tangan hingga ke siku.

Kita boleh lihat bermacam-macam cara orang membasuh tangan hingga ke siku. Sebagai contoh, ada yang membasuh dari siku dengan menghulurkan tangannya ke bawah pada air paip yang mengalir. Walau macam mana cara ia dilakukan, yang penting air sampai meratai bahagian yang dirukunkan / diwajibkan. Barulah rukun wuduk ini sah.

Tetapi menurut guru saya, cara yang lebih afdhal ialah dengan memulakan daripada bahagian hujung tangan menghala ke siku. Sebagai contoh jika kita mengambil wuduk dengan air yang keluar daripada paip , cara yang lebih afdhal ialah dengan mula mengenakan air pada bahagian tangan kita dan meratakan ke bahagian seterusnya menuju ke arah siku.

Demikian juga saya dengar cara berwuduk sedemikian itu turut dijelaskan oleh seorang ustaz lain yang mahir dalam bidang fekah.

Menurut penjelasan ustaz itu, cara baginda Nabi s.a.w membasuh tangan ialah dengan bermula daripada bahagian tangan mulia baginda. Sayugia jika saudara pembaca dapat merujuk pada hadis-hadis dan kitab bagi mengetahui dengan tepat bagaimana cara baginda nabi s.a.w berwuduk. Wallahu a’lam.

Semoga kita dapat melaksanakan amalan berwuduk mengikut sunnah baginda Nabi s.a.w kerana ia adalah lebih afdhal dan sempurna.

Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin.

Tinggalkan komen

Mensyukuri Nikmat Iman dan Islam

Puji dan syukur ke Hadrat Allah S.W.T yang telah memberikan kita nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan Islam.

Tidak seperti nikmat dunia seperti nikmat makan, kesihatan, kekayaan dikurniakan kepada semua manusia namun tidak dengan Nikmat Iman dan Islam. Iman dan Islam hanya diberikan Allah kepada hamba-hamba yang terpilih dan dikasihinya.

Sekali menyebut Subhanallah adalah lebih baik daripada dunia dan sekalian isinya. Mengapa tidak, dunia adalah sementara dan akan hancur binasa apabila tiba waktunya sedangkan ucapan Subhanallah biarpun sekali akan mendapat ganjaran di akhirat yang kekal selama-lamanya.

Tinggalkan komen

Doa Mempertahankan Islam

Saudara-Saudari sahabat yang dikasihi sekalian.

Pertama sekali pada pagi penuh berkat ini marilah sama-sama kita memanjatkan rasa syukur ke hadhrat Allah S.W.T kerana masih memanjangkan lagi umur kita dan memberikan kita kesihatan tubuh badan serta akal yang baik.

Negara kita Malaysia, tanah tumpah darah kita yang kita kongsi bersama pelbagai agama dan keturunan. Kepelbagaiannya dan kebebasan bersuara, akhir-akhir ini sering mencabar kedaulatan agama Islam, agama rasmi negara.

Islam memang menjadi musuh kepada agama-agama lain, termasuk mereka yang mengaku rakyat negara ini. Islam tidak memusuhi orang-orang bukan Islam selagi mereka tidak memusuhi Islam. Tetapi situasi hari ini makin berubah dengan ada pihak secara terbuka mempertikaikan kesucian dan amalan Islam di negara kita.

Sedar ataupun tidak, Islam diasak oleh orang-orang bukan Islam atau lebih tepat lagi orang-orang kafir. Mereka ini semakin tamak kuasa. Dengan diberikan taraf kerakyatan percuma, mereka seolah-olah tidak puas selagi tidak dapat menjadi penguasa dan pemerintah negara ini.

Mereka menggunakan pelbagai cara yang antara lain meluas dan memperkukuhkan kuasa politik yang dibantu oleh kekuatan ekonomi mereka. Mereka juga pada masa yang sama merancang melemahkan orang-orang Islam dengan senjata dadah dan pil-pil khayal yang merosakkan fikiran dan akhlak muda-mudi Islam.

Jadi hendaklah kita sentiasa insaf akan hal ini dan berusaha melakukan segala yang terdaya demi mempertahankan agama Islam di negara ini.

Usaha yang mudah untuk dilaksanakan oleh kita semua ialah dengan senantiasa berdoa agar Allah S.W.T melindungi kita dan menghancurkan mereka.

Sama-samalah kita amalkan doa berikut:

Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Esa

Tuhan Yang Menguasai Segala Sesuatu

Ya Allah, Dalam Keadaan Islam Yang Semakin Terhimpit dan Tertekan

Hari Demi Hari Oleh Bangsa-Bangsa Kafir

Baik Di Dalam dan Di Luar Negara ini

Daku Bermohon Kepada Engkau

Agar Engkau Hancurkanlah Kekuatan Orang-Orang Kafir

Engkau Lemahkanlah Mereka

Engkau Gagalkanlah Rancangan Jahat Mereka

Engkau Satukanlah Hati-hati Kami

Hati Para Pemimpin Kami

Berikanlah Taufik dan Kesedaran Kepada Pemimpin Kami

Agar Mengambil Berat Hal-Hal Agama Islam

Dan Bertindak Tegas Atas Mereka Yang Memusuhi Islam

Ya Zaljalal Li Wal Ikhraam

Kami Mohon Kepada Mu Agar Engkau Bangkitkan Islam

Di Negara Ini dan Juga Di Seluruh Dunia

Ya Allah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu

Jika Engkau Tidak Membantu Kami,

Tiada Siapa Lagi Yang Dapat Membantu

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Perkenankanlah Permintaan Hamba Mu Yang Lemah Ini

Amiin, Ya Rabbal’AaLamiin.

Lebih baik lagi jika doa ini dihayati semasa dini hari selepas solat tahajjud.

Tinggalkan komen