Menyempurnakan Salam Sebagai Rukun Sembahyang Ke-13

Assalaamu’laikum wbt.

Sahabat-sahabat SuaraTaqwa sekalian.

Semoga semua dalam Redha dan Rahmat Allah SWT.

Baiklah.

Menghadapkan wajah ke kiblat adalah satu daripada syarat sah sembahyang. Menurut ahli-ahli fekah, perbuatan menoleh yakni memalingkan muka sama ada ke kiri atau ke kanan semasa dalam sembahyang adalah jatuh kepada perbuatan yang membatalkan sembahyang.

Oleh yang demikian kita hendaklah memastikan agar muka atau wajah sentiasa menghadap ke arah kiblat pada sepanjang sembahyang. Hal ini tidak sukar dan tidak menjadi masalah buat kita.

Walau bagaimanapun mungkin ada antara kita tidak menyedari telah melakukan perbuatan berpaling semasa sembahyang menyebabkan sembahyangnya terbatal. Ia boleh berlaku semasa menunaikan rukun sembahyang yang ke-13 iaitu memberi salam.

Menurut guru saya, Allahyarham Tok Ayah Soh, dalam mengucapkan kalimah Assalaamu’alaikum Warohmatullahi Wabarokaatuh sebagai melaksanakan rukun salam dan penutup sembahyang, wajah kita tidak boleh dipalingkan ke kanan selagi mana ucapan belum sempurna.

Ucapan salam dikira sempurna apabila sebutan sampai pada kalimah ‘alaikum. Maksudnya kesempurnaan ucapan salam dalam sembahyang ialah mengucapkan “Assalaamu’alaikum”. Ini adalah kalimah wajib dalam salam, dan kalimah selepasnya adalah sunat sahaja.

Apabila sempurna ucapan salam dengan kalimah yang wajib seperti dinyatakan tadi, barulah boleh berpaling wajah ke arah kanan. Jika sebelum itu kita sudah berpaling, maka menurut guru saya sembahyang boleh batal kerana dalam keadaan sembahyang belum selesai, kita sudah berpaling wajah daripada arah kiblat.

Manakala kadar berpaling yang dikira sempurna ialah dengan ukuran dengan kadar pandangan mata kanan kita nampak hujung bahu kanan.

Wallahu’a’lam.

Semoga Allah SWT menjadikan kita semua kalangan orang-orang yang mengambil berat akan kesempurnaan sembahyang.

Aamin Yaa Robbal’Aalamin.

  1. #1 by - on Oktober 15, 2012 - 2:23 am

    Assalaamu ‘alaikum Tuan, sedikit kemushkilan.

    1. Adakah wajah dianggap mengadap kiblat semasa rukuk dan sujud?

    2. Bagaimana salam bagi mereka yang ‘mengamalkan’ salam kedua sebagai penamat solat?

    • #2 by suarataqwa on Oktober 15, 2012 - 12:27 pm

      Wa’alaikumussalam tuan.

      Terima kasih kerana mengemukakan soalan yang sangat baik.

      Untuk soalan pertama, apa yang saya maksudkan ialah keadaan kita semasa menunaikan rukun yang menghendakkan wajah kita menghadap kiblat. Dalam hal ini ia khusus kepada rukun qiam (berdiri tegak), duduk antara dua sujud, tasyahud akhir (dan tasyahud awal walaupun sunat muakkad). Setakat itu yang diajar oleh guru saya. Jadi dalam keadaan rukuk dan sujud, saya tidak pasti. Elok kiranya dapat tuan bertanya kepada ahli fekah yang lebih arif dan kongsikan bersama sahabat-sahabat SuaraTaqwa.

      Manakala untuk soalan kedua pula, salam yang wajib adalah salam pertama sahaja. Bahkan dalam salam pertama, memalingkan wajah ke kanan adalah sunat. Sah dan sempurna salam tanpa memalingkan wajah ke kanan untuk salam yang pertama. Demikian juga salam kedua baik mengucapkan salam dan memalingkan wajah ke kiri, kedua-duanya adalah sunat.

      Oleh yang demikian, penamat solat adalah salam pertama. Namun solat lebih sempurna apabila kecacatan yang terkandung di dalamnya ditampung dengan amalan-amalan sunat dalam solat itu sendiri lebih-lebih lagi yang dilakukan oleh Baginda Nabi saw.

      Wallahu ‘a’lam.

  2. #3 by Tanpa Nama on Oktober 18, 2012 - 3:41 am

    Assalamualaikum…

    Tuan.. kalau sy belajar menghadap kiblat ialah ‘dada’ dan bukannya ‘wajah’. hrp dpt pencerahan . Wassalam.

  3. #5 by faha on Disember 6, 2012 - 5:04 am

    As Salam, i am currently conducting a survey about mosque in Malaysia for my master thesis. it would be a big help if u could help me to answer the survey. Thanks in advance.
    https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ#gid=0

  1. Menyempurnakan Salam Sebagai Rukun Sembahyang Ke-13 (II) « Blog Suara Taqwa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: