Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa seorang sahabat telah bertanya Baginda Nabi saw akan kepada siapakah yang lebih utama dia (sahabat itu) berbuat kebaikan?

Baginda mejawab dengan jawapan yang cukup ringkas tetapi jelas – “ibumu”. Maka tanya lagi sahabat tadi, “siapakah selepas itu?” Jawab Baginda lagi, “ibumu”. Tanya lagi sahabat tadi, “siapakah selepas itu?”. Maka jawab Baginda lagi, “ibumu”.

Sahabat itu pun bertanya lagi dengan soalan yang sama, “siapakah selepas itu?”. Maka jawab Baginda, “bapamu”.

Menurut ulama’ hadis ini menerangkan bahawa keutamaan berbuat kebaikan adalah tiga kali lebih utama kepada ibu berbanding kepada bapa. Hal ini adalah sewajar dengan tiga peringkat kesusahan yang ditanggung oleh ibu atas si anak.

Pertama kesusahan sewaktu mengandung. Kedua kesusahan dan kesakitan semasa melahirkan dan yang ketiga ialah kesusahan semasa menyusu serta menjaga dan memelihara seseorang anak.

Betapa besarnya jasa dan pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya. Dan Allah swt telah memerintahkan manusia lelaki dan wanita supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya melalui firmannya dalam surah Luqman.

Mari sama-sama kita renungkan setakat mana kebaikan yang telah kita perbuat kepada kedua-dua orang tua kita. Adakah kita pada setiap selepas solat fardhu sentiasa mendoakan keampunan untuk kedua-duanya.

Semoga Allah swt memberikan Taufik dan Hidayahnya kepada kita semua agar menjadi anak yang berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa kita dengan selayaknya. Aamiin.

Wallahu’a’lam.

  1. #1 by abu hafs on April 5, 2012 - 4:39 am

    kita tidak dibenarkn melanggar perintah ibu selagi ia bukan perintah maksiat. jika disuruh menceraikan isteri pun kita wajib taat..hari ini anak2 bercinta dulu kemudian maklum pada ibu yg dia sudah ada calon suami atau isteri.ibu dengan RELA menerima pilihan anak yg juga menantunya.anak berkenan dulu dan ibu diberi hak kedua untuk memilih bakal menantunya.adakah ini dikira tidak mengutamakan ibu?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: