Bahaya Perempuan Keluar Rumah

Assalaamu’alaikum buat sahabat SuaraTaqwa yang dikasihi sekalian.

Kini kita kerap mendapat berita tentang kes-kes jenayah yang terjadi pada kaum perempuan terutama anak-anak gadis yang muda remaja.

Jika kita renung dan perhatikan, kebanyakan kes jenayah tersebut berlaku di luar rumah iaitu semasa mangsa berada di luar kediaman dan tanpa pengawasan ibu bapa.

Golongan perempuan adalah golongan yang lemah biar berapa pun usia dan sihat fizikal namum sifat lemah dan sifat keperempuanan tetap tidak terpisah daripada mereka lantas mendedahkan mereka pada ancaman golongan lelaki yang berniat jahat.

Memang benar pesan Baginda Nabi saw mengingatkan agar wanita yang ingin keluar rumah hendaklah ditemani oleh mahramnya iaitu kaum keluarga yang tidak sah menikahinya.

Tetapi masyarakat hari ini nampaknya seperti mengambil mudah akan hal ini dengan sewenang-wenang membiarkan anak-anak gadis keluar rumah tanpa sebab dan keperluan yang mendesak. Adakah kita termasuk dalam golongan yang tidak mengambil berat akan hal anak-anak gadis kita? Nauzubillah.

Selaras dengan hukum-hakam Islam yang tidak berubah merentas masa, maka pesanan Rasulullah adalah sentiasa releven dan wajar dipatuhi oleh umat Islam.

Jika kita umat Islam mengambil berat akan pesanan Baginda Nabi saw, nescaya segala masalah dunia yang melanda hari ini termasuk gejala jenayah terhadap golongan wanita dapat dibendung.

Wallahu’a’lam.

  1. #1 by abu hafs on April 5, 2012 - 4:47 am

    anda sayangkan malaysia?kenapa tak letak bendera malaysia kat kereta atau rumah kalau sayangkan malaysia?…saya sayang negara saya tp sy tak letak bendera kerana itu bukan keutamaan bagi sy..kerana sy sayangkn negara sy maka sy berusaha tidak tinggalkan solat berjamaah,isteri sy,sy usahakn supaya dia menutup aurat..insyaALLAH jika kita taat ALLAH negara akan maju dan selamat.janji ALLAH itu pasti…yakinlah!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: