Meringkaskan Solat Berjemaah Atau Bacaan Doa

Assalaamu’alaikum sahabat Suarataqwa sekalian. Semoga sentiasa dalam limpah Rahmat dan Keberkatan Allah swt.

Kita mungkin pernah dengar kisah Baginda Nabi saw meringkaskan solat berjemaah disebabkan terdengan ada anak kecil menangis.

Selain itu, solat jemaah yang diikuti oleh orang-orang tua dan uzur juga digalakkan untuk diringkaskan.

Pada masa ini masuk waktu solat fardhu di Malaysia agak lewat jika diukur dengan waktu jam standard. Misalnya solat fardhu Maghrib masuk sekitar jam 7.30 malam dan solat Isyak pula sekitar jam 8.40 malam. Tetapi yang nampak agak ketara ialah waktu solat fardhu Subuh masuk sekitar jam 6.10 minit pagi.

Bagi mereka yang bekerja di pejabat-pejabat kerajaan, waktu pagi memang waktu agak sibuk dan terasa masa berjalan sangat pantas kerana sesetengahnya terpaksa keluar rumah awal untuk menghantar anak-anak ke sekolah sebelum bergegas pula mengejar masa untuk merakam waktu masuk kerja.

Berikutan itu terdapat sesetengah surau yang ahli jemaahnya majoriti bekerja di pejabat kerajaan terpengaruh dengan situasi ini dengan memendekkan atau meringkaskan solat fardhu Subuh dengan membawa bacaan surah-surah yang pendek.

Ringkas kata, kesuntukan masa berikutan waktu masuk solat fardhu yang agak lewat menyebabkan solat fardhu Subuh turut diringkaskan bagi menyelesaikannya lebih awal dengan tujuan untuk membolehkan para jemaah keluar awal pagi.

Ada berlaku pada rakaat kedua solat fardhu Subuh imam hanya membaca surah Al-Ikhlas sedangkan solat fardhu Subuh adalah antara solat yang disunatkan untuk membaca surah yang lebih panjang.

Mungkin atas faktor kekangan masa tadi, adalah wajar dibacakan surah yang tidak panjang. Tetapi dari segi syarak dan sunnah, saya tidak pasti adakah sebab dan alasan ini boleh diterima atau tidak?

Namun yang peliknya bagi solat yang sama tadi, sesudah selesai, imam membaca doa yang agak panjang seolah-olah lupa atau tidak sejajar dengan tujuan solat yang telah diringkaskan itu.

Kalaulah demikian, mana satu yang lebih wajar atau lebih utama antara meringkaskan bacaan dalam solat berbanding dengan meringkaskan doa?

Keadaan ini mungkin juga dipengaruhi oleh trend para imam gemar membawa bacaan doa selepas solat agak panjang dan ada sesetengah itu meleret-leret hingga ada yang tidak sedar mengulang bacaan doa yang sama.

Inilah yang saya dapat perhatikan keadaan yang sedang terjadi di surau-surau sekarang. Pada saya ini adalah suatu penyakit yang bahaya.

Ia umpama orang yang berbadan gempal atau sasa pada awalnya dikatakan sihat berbanding dengan orang kurus. Tetapi dalam diam penyakit yang tidak nampak seperti jantung, darah tinggi dan kecing manis sedang membiak di dalam tubuh badannya. Di luar nampak sihat tetapi di dalam sedang diserang penyakit.

Begitulah juga amalan-amalan zahir yang keterlaluan seperti berdoa panjang-panjang nampak baik apatah lagi imam yang membawanya mempunyai suara yang lunak dan dengan nada yang bermacam-macam. Nampak sangat baik dan menarik amalan ini. Tetapi amalan sebegini jika tidak diawasi akan mengundang penyakit dalam iaitu penyakit hati yang amat kronik.

Tidak hairanlah kenapa kita sudah sukar untuk membezakan mana satu yang lebih utama dan dalam hal kita bincangkan ini sebenarnya yang lebih utama ialah meringkaskan bacaan doa berbanding dengan meringkaskan solat.

Semoga Allah swt memberikan Taufik dan Hidayah kepada kita agar tidak diserang penyakit dalam (penyakit hati) seperti mereka yang keliru.

Wallahu’a’lam.

  1. #1 by abu hafs on April 5, 2012 - 4:54 am

    sy syorkan solat dipanjangkn sbb subuh mmg Nabi buat pnjang dan bg sy satu rakaat kadar setengah atau satu muka surat alQuran.untuk subuh pagi jumaat Nabi kadang2 buat rakaat pertama surah alsajadah dan rakaat kedua surah al-insan.jika tak mampu cukup baca pendek,kalau nak buat surah alsajadah untuk 2 rakaat maka itu tidak menepati sunnah..cuma bab doa ni terpulang nak doa ke tak sbb tidak ada riwayat menyatakan Nabi berdoa secara berjemaah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: