Perbezaan Antara Politik Dan Agama

Ada pihak yang mendakwa bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan atau tidak terpisah. Sejauh mana benar dakwaan ini adalah bergantung pada pemahaman seseorang muslim terhadap agama Islam itu sendiri.

Bukan niat suarataqwa untuk mencampuri dan membawa pembaca membicara tentang politik. Tetapi suarataqwa terpanggil untuk berkongsi sedikit pandangan tentang pemahaman yang mengaitkan politik dan agama.

Untuk mengetahui perhubungan politik dan agama, kita perlu tahu dari mana asal-usul agama Islam dan dari mana pula asal-usul politik khususnya sistem demokrasi.

Selain itu memahami perbezaan ketara antara politik dan agama boleh memberikan kita pandangan yang terang dan jelas apakah kedudukan politik dan agama.

Berikut adalah perbezaan politik dan agama mengikut pandangan suarataqwa.

1. Agama Islam adalah agama suci yang diturunkan Allah SWT kepada manusia melalui Rasul yang Mulia dan sebaik-baik ciptaan iaitu Baginda Nabi saw.

– Politik sistem demokrasi adalah ciptaan barat yang dikuasai oleh Yahudi dan Amerika Syarikat

2. Agama Islam mengutamakan kesucian dan keikhlasan hati kepada Allah swt dengan ganjaran yang dijanjikan pada hari akhirat menjadi dorongan untuk umatnya terus istiqomah berada pada jalan yang benar.

– Politik lebih bersifat populariti. Amalan dalam politik lebih didorong oleh populariti yang disandarkan kepada amalan-amalan baik yang diterima oleh masyarakat.

3. Agama Islam diturunkan Allah untuk kesejahteraan umat manusia di dunia dan di akhirat dan jelas menyatakan bahawa kejayaan dunia dan akhirat adalah satu-satunya dalam agama Islam.

– Politik dicipta oleh manusia untuk mentadbir dan mengurus negara dengan lebih mengutamakan kepentingan hak sama rata tanpa mengira bangsa dan kejayaannya adalah bersandarkan kepada ukuran kekayaan ekonomi dan keamanan hidup di dunia.

4. Agama mempunyai hukum-hakam yang mahu tidak mahu mesti dipatuhi dan ditaati oleh para penganutnya iaitu umat Islam. Hukum-hakam agama dan sunnah Nabi saw menjadi panduan yang jelas dan mudah diikuti.

– Politik mempunyai peraturan yang berubah-ubah mengikut masa dan keputusan yang dibuat juga adalah mengikut kehendak orang ramai atau masyarakat pada sesuatu masa tertentu. Jika pemimpin politik tidak menyukai sesuatu dasar, tetapi masyarakat mendesak, maka pemimpin politik perlu membuat keputusan mengikut kehendak masyarakat. Kalau tidak….

5. Pemimpin agama tidak ditentukan oleh masyarakat tetapi ditentukan oleh syura’ atau kesepakatan ulama’ yang membuat pemilihan bakal pemimpin bersandarkan prinsip-prinsip iman, akhlak dan ilmu agama yang berteraskan sunnah Baginda Nabi saw.

– Pemimpin politik ditentukan oleh masyarakat melalui pilihan raya sistem demokrasi. Walaupun seseorang pemimpin politik itu melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin dengan berlandaskan prinsip-prinsip dan ajaran Islam, tetapi jika masyarakat tidak dapat menerima caranya, maka pemimpin itu boleh ditolak atau disingkirkan oleh masyarakat melalui pilihan raya.

Banyak lagi perbezaan-perbezaan yang dapat kita ketengahkan tetapi setakat itu sahaja dulu. Suarataqwa juga mengalu-alukan sebarang pandangan daripada sahabat-sahabat pembaca sekalian.

Wallaahu’a’lam.

  1. #1 by fuad12 on Januari 17, 2012 - 2:56 am

    salam,tuan blog satu pencerahan yang baik bagi kita semua.,
    saya juga pernah menulis keburukan sistem demokrasi itu sendiri.
    perbahasan yg panjang,jugak dlm isu ini.

  2. #2 by sot on Januari 17, 2012 - 1:28 pm

    Islam itu adalah cara hidup (way of life) merangkumi dari A ke Z. Politik adalah termasuk dalam Islam. Melalui politik ini, tampuk pemerintahan negara boleh di ambil alih. Melalui kuasa pemerintahan ini dapatlah dilaksanakan hukum dan undang2 Islam dlm negara. Maka di sana Islam dan politik tidak boleh dipisahkan.

    • #3 by Tanpa Nama on Julai 24, 2012 - 4:44 am

      Saya 1000% sokong sot.

  3. #4 by Pejuang Sederhana on April 18, 2016 - 9:25 am

    Asalamualaikum, saya ingin menanyakan kepada admin perkataan “politik” berasal dari mana? Pada masa Rasulullah SAW dan Sahabat2 baginda adakah perkataan politk sudah diguna pakai? Pada zaman tersebut tiada istilah perkataan” politk ” , tetapi menggunakkan istilah perkataan “PEMERINTAHAN”. Tetapi musuh Islam bijak menipu kita menggunakkan istilah lain selain pemerintahan supaya umat manusia tidak menyalah pemerintah tetapi menyalahkan politik.
    Berkenaan sistem demokrasi, memang ia adalah buatan barat, tetapi jika kita bercakap mengenai dasar dan alat buatan barat, cuba tanya diri tuan adakah anda tidak langsung menggunakan alat dan dasar buatan barat dalam kehidupan harian tuan? Selain itu adakah tuan tahu siapakah manusia dan pihak yang bersetuju menggunakkan sistem demokrasi buatan barat selepas negara kita diberi kemerdekaan oleh British? Klo boleh saya harap tuan tidak memilih maklumat dalam menyampaikan sesuatu topik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: