Kisah Seorang Muallaf

Suatu petang saya singgah solat fardhu maghrib di sebuah masjid lama berhampiran dengan ibu pejabat Mardi Serdang.

Selepas solat fardhu maghrib, seorang wakil ahli masjid membuat pengumuman mengenai seorang saudara baharu / muallaf keturunan India memerlukan sedikit bantuan kewangan. Para jemaah difahamkan jika ada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh berbuat demikian selepas selesai solat fardhu Isyak.

Saya rasa ingin tahu dan ternanti-nanti. Tetapi selepas solat fardhu Isyak saya lihat para jemaah terus pulang. Ada yang berkumpulan dengan hal masing-masing.

“Apa sudah jadi dengan pengumuman sebelum solat tadi?”, detik hati kecil saya. Saya terus menunggu dan memerhati sehingga hampir semua ahli jemaah beredar pulang.

Lalu saya menghampiri si muallaf tadi dan bertanyakan kenapa pihak masjid tidak membuka ruang orang ramai memberikan sumbangan kepada si muallaf seperti yang umumkan tadi.

Rupanya pengumuman itu dibatalkan begitu sahaja. Setelah semua ahli jemaah beredar pulang, tinggallah si muallaf dengan seribu harapan beralaskan kesedihan. Sedih dengan cara dan tindakan pihak masjid.

Pihak masjid seperti meragui dan tidak percaya pada si muallaf tadi. Sedangkan pada wajah si muallaf itu dapat saya lihat akan keikhlasan dan kejujuran hati ingin memohon sedikit bantuan belanja untuk dia bermusafir menuntut bagi mempelajari ilmu agama di sebuah pondok di negeri Kelantan.

Saya turut diruntun rasa kecewa. Kecewa kerana saya agak pihak masjid tentu mempunyai banyak hasil sumbangan ahli-ahli jemaah terutama pada hari Jumaat.

Inilah sikap orang-orang yang dikatakan gemar mengimarahkan masjid tetapi tidak tahu akan kepentingan untuk membantu saudara sesama Islam apatah lagi mereka adalah saudara baru.

Suarataqwa berharap agar pihak pengurusan masjid berkenaan atau mana-mana pengurusan masjid yang tidak mengambil berat akan hal seumpama ini agar sedar dan insaf akan tanggungjawab mereka untuk membelanjakan wang yang disumbangkan oleh para jemaah dan anggota kariah kepada mereka yang berhak dan benar-benar memerlukan bantuan.

Semoga Allah SWT mencampakkan ke dalam hati kita rasa pemurah dan kasih sayang terhadap sesama muslim lebih-lebih lagi yang dalam keadaan memerlukan bantuan.

Aamiin.

  1. #1 by sot on Januari 4, 2012 - 3:22 pm

    Semoga Allah Memberi Hidayah
    Agar Fungsi Masjid Terus Utuh

  2. #2 by Maisarah bt Abdullah on November 4, 2013 - 6:30 am

    Saya pun seorang muallaf,seperti sudara yng lain berkapai kapai nak mintak tulong dngan siapa?keluarga sandiri pun anggap kita macam orang lain dah!suami tak bagi nafka,anak tak bersekulah selalu kenah dera bukan hanya fishical dgan emusional.dengan siapa kah nak mintak tulong orang orang macam saya?

    • #3 by suarataqwa on November 6, 2013 - 10:07 am

      Saya sungguh simpati dengan keadaan dan nasib puan. Saya memohon kepada sahabat suarataqwa agar tampil memberikan bantuan kepada Pn. Maisarah. Tetapi untuk mendapatkan kepastian, elok juga jika Pn. Maisarah dapat memperkenal latar belakang supaya pihak yang hendak memberikan bantuan tidak berasa syak dan wasangka. Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan kepada Pn. Maisarah. Aamiin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: