Kadang-Kadang Kita Lupa Akan Nikmat Allah S.W.T

Tuan/Puan sahabat yang diKasihi dan diRahmati Allah s.w.t.

Kadang-kadang kita terasa banyak keperluan diri dan keluarga tidak dapat dipenuhi. Ya, kadang-kadang kita rasa terlalu banyak yang kita perlukan tetapi kita masih belum mampu memperolehnya.

Lantaran perasaan itu membawa kita untuk lebih cenderung melihat dan menghitung perkara-perkara yang belum kita peroleh. Mungkin kita juga akan membandingkan dengan orang lain yang sudah mendapat apa yang kita belum dapat.

Memang dunia semakin berubah dan semakin mencabar. Semakin hari semakin meningkat keperluan kita. Begitu juga keinginan kita – semakin meningkat.

Mungkin kita ingin kesenangan seperti yang orang lain dapat. Mungkin kita berasa resah kerana walaupun sudah berusaha tetapi masih belum dapat merasa kesenangan itu.

Namun janganlah kita lupa tentang nikmat yang ada di tangan kita. Pada pagi hari, Allah s.w.t telah membangkitkan kita dari mati yang sementara. Lalu kita kembali mampu membuka mata melihat alam dan yang lebih penting diberikan kekuatan menunaikan kewajipan agama.

Allah s.w.t masih memberikan kita sihat. Tanpa mengalami susah payah seperti mereka yang mengalami keuzuran, kita dapat menunaikan hajat badan kita seperti membuang air kecil dan air besar tanpa ada masalah.

Sedang pada ketika yang sama entah berapa ramai mereka yang berada di katil-katil hospital tidak mampu ke tandas dengan sendirian.

Kita mungkin rasa banyak lagi perkara yang belum kita dapat. Tapi pada masa yang sama lidah kita masih sihat sehingga kita dapat menikmati pelbagai rasa makanan. Lidah kita masih dapat merasa masin, masam, pahit dan rasa manis.

Kita masih mempunyai selera yang tajam untuk menikmati pelbagai aneka makanan.

Namun pada ketika yang sama entah berapa ramai mereka yang uzur tidak mempunyai selera untuk makan.

Pada pagi hari juga entah kita sedar atau tidak akan nikmat Allah s.w.t yang memberikan kaki kita masih kuat untuk melangkah keluar dari rumah mencari rezeki yang halal.

Sedang pada masa yang sama entah berapa ramai yang tidak mampu mengangkat kaki dan bangkit dengan sendiri melainkan dengan pertolongan orang lain.

Betapa besar nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita setiap hari setiap masa.

Tetapi kadang-kadang kita lupa mensyukuri akan segala nikmat itu kerana kita terlalu asyik risaukan akan keperluan-keperluan dan keinginan-keinginan yang masih kita cari, yang masih kita kejar dan yang masih belum kita peroleh.

Semoga Allah s.w.t memberikan Taufik dan Hidayah kepada saya dan sahabat-sahabat agar tidak lupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada kita.

Aamiin.

Wallahu ‘a’lam.

  1. #1 by Tanpa Nama on Disember 28, 2011 - 8:27 am

    nak mohon share boleh ?

    • #2 by suarataqwa on Disember 28, 2011 - 10:04 am

      Boleh, silakan tuan. Sesungguhnya apa yang baik itu datang dari Allah SWT.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: