Memaafkan dan Memohon Maaf

Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Adil. Dia menurunkan Agama Islam yang suci sebagai sebuah agama yang adil.

Agama Islam membenarkan seseorang membalas kesalahan orang lain terhadapnya dengan kadar yang sama atau tidak melebihi daripada kadar kesalahan itu.

Misalnya jika si fulan dengan sengaja menolak kita dengan tangannya maka kita dibenarkan menolak si fulan berkenaan dengan tangan kita dan pada kadar yang sama atau tidak lebih daripada si fulan tadi menolak kita.

Sungguhpun demikian, memaafkan akan orang yang melakukan kesalahan terhadap kita adalah manifestasi tahap keimanan, kesucian hati dan ketinggian akhlak seseorang. Ia selaras akhlak dan sunnah baginda Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang yang paling pemaaf.

Manakala orang yang melakukan kesalahan terhadap orang lain dan sanggup meminta maaf dengan ikhlas atas dorongan rasa insaf dan kesal akan kesalahannya itu juga seorang yang berakhlak mulia. Jika bukan kerana keimanan dan rasa tawadduk, bukan sesuatu yang mudah untuk memohon maaf kepada orang yang telah kita perlakukan kesalahan.

Namun banyak kes yang kita dengar bahawa orang yang melakukan kesalahan perlu diminta atau digesa untuk meminta maaf secara terbuka akan kesalahannya itu. Ini mengakibatkan permohonan maaf dibuat secara tidak ikhlas atau disertai dengan rasa kesal dan keinsafan. Ia juga telah merosakkan ketinggian amalan memohon maaf.

Lebih buruk lagi disebabkan enggan memohon maaf apabila diminta atau didesak ada yang sanggup memanjangkan kes itu ke kamar mahkamah. Itu terpulang kepada diri masing-masing.

Perkara kecil jika kita besar-besarkan akan menjadi besar. Begitulah sebaliknya jika dipandang sebagai perkara remeh maka ia menjadi kecil dan tidak akan menyusahkan kita.

Lebih baik memandang besar kesalahan kita kepada orang lain dan memandang kecil atau tidak kisah kesalahan orang lain kepada kita.

Semoga Allah s.w.t memberikan Taufik dan Hidayah kepada kita agar kita dikurniakan sifat pemaaf dan tawadduk untuk kita insaf dan mudah mengakui kesalahan serta tidak berat untuk meminta maaf kepada orang yang kita perbuat kesalahan terhadapnya.

Wallahua’lam.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: