Kisah Si Raja Penzalim Dengan Anjing

Malam tadi saya singgah solat fardhu maghrib di sebuah surau di Sri Kembangan, Selangor. Selepas maghrib saya terus beriktikaf di surau untuk menunggu solat fardhu isyak.

Alhamdulillah rupanya ada majlis ilmu (kuliah maghrib) yang telah diaturkan oleh pihak surau. Syukur kerana dapat duduk dalam majlis ilmu tersebut.

Dalam kuliah tersebut, ustaz yang saya kira berusia dalam lingkungan umur 40an itu membacakan beberapa hadis yang banyak berkisar pada kisah pesan Nabi s.a.w kepada seorang sahabat tentang keutamaan sedekah dan membelanjakan harta atau rezeki pemberian Allah s.w.t.

Sedekah dapat menarik Rahmat Allah s.w.t. Bercerita tentang Rahmat dan Kemurahan Allah s.w.t, ustaz itu menceritakan sebuah kisah mengenai seorang raja yang zalim.

Kisahnya begini. Pada zaman dahulu di sebuah tempat yang bernama Busra terdapat seorang raja yang sangat zalim yang telah melakukan pelbagai macam kezaliman seperti membunuh sekian ramai manusia, merampas hak orang lain dan lain-lain lagi sehingga si raja itu layak digelar sebagai si penzalim.

Diceritakan pada suatu masa, si raja itu berangkat untuk bermusafir dengan ditemani oleh khadam-khadam (orang-orang suruhannya). Tiba disuatu tempat dalam keadaan cuaca sejuk si raja itu singgah berehat di bawah sebuah pohon.

Tiba-tiba ternampak oleh si raja di sebelah pokok itu seekor anjing yang luka berdarah dan menggigil-gigil dalam kesejukan. Memandang anjing yang kesejukan itu maka timbul di dalam hati raja yang zalim itu akan rasa kesian terhadap anjing itu.

Maka si raja memerintahkan khadamnya agar membawa balik anjing tadi ke istana untuk dirawat dan diberi makan anjing itu. Sehingga si anjing itu ditempat di dalam ruang / bilik khas dengan dinyalakan api bagi menghilangkan rasa sejuk, diberi makanan dan minuman.

Seterusnya dikisahkan dengan takdir Allah s.w.t selepas tiga hari anjing itu dilayan dengan sungguh baik di istana, maka raja tadi jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Di sana juga tinggal seorang alim yang muqrabbin (rapat dengan Allah s.w.t). Pada suatu malam orang alim itu bermimpi berjumpa dengan si penzalim yang baru sahaja meninggal tadi.

Lalu orang alim pun bertanya kepada si penzalim tadi lebih kurang begini. Bagaimana Allah s.w.t melayan kamu di dalam kubur.

Jawab si penzalim tadi, Allah s.w.t berkata kepadaku bahawa sikap zalim aku adalah seperti perangai seekor anjing. Allah s.w.t telah menghantarkan aku seekor anjing (yang dibawa balik ke istana) untuk menguji daku.

Allah s.w.t sangat gembira dengan sikap belas kasihan dan layanan aku terhadap anjing tersebut. Lalu dengan sebab itu Allah s.w.t telah mengampuni segala dosa kezaliman yang telah aku lakukan.

Menurut huraian ustaz mengenai kisah tadi bahawa sesungguhnya sesuatu kebaikan biarpun kecil tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan amat disukai Allah s.w.t. Dan dengan sebab kebaikan yang ikhlas terhadap anjing, maka Allah s.w.t telah mengampunkan sekian banyak dosa raja si penzalim itu.

Jadi kita janganlah lekas menghukum terhadap nasib seseorang apabila dia telah meninggal dunia biarpun semasa hidupnya bergelumang penuh dosa kerana siapa tahu (melainkan Allah s.w.t) terdapat amalan atau perbuatan tertentu yang dia lakukan dengan ikhlas dan disukai Allah s.w.t.

Semoga kita semua mendapat pengajaran daripada kisah tersebut.

Aamiin.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: