Sebagaimana sahabat sedia maklum, semasa di kampung dulu, saya kerap mengambil peluang mengikuti pengajaran agama selepas maghrib yang disampaikan oleh guru saya itu (Tok Ayah Soh).
Dalam satu pengajaran Tok Ayah Soh ada menerangkan mengenai bagaimana sepatutnya keadaan jari-jari tangan kita semasa sujud. Sama ada dalam majlis ilmu yang sama atau berlainan (saya kurang ingat), beliau juga menjelaskan tentang keadaan sepatutnya jari-jari tangan kita semasa rukuk.
Semasa rukuk, jelasnya tapak tangan hendaklah diletakkan di atas kepala lutut dengan jari-jari tangan kita direnggangkan. Manakala semasa sujud pula tapak tangan hendaklah dirapatkan ke lantai dengan jari-jari tangan kita dirapatkan dan kesemuanya mengarah ke kiblat.
Begitu juga kalau tidak silap saya ada dengar seorang ustaz lain menjelaskan dalam satu majlis ilmu di sebuah surau di Kuala Lumpur – cara yang sama mengenai keadaan jari semasa solat.
Kedudukan jejari tangan kita semasa solat seperti dinyatakan di atas bukanlah wajib atau rukun tetapi melakukan sedemikian adalah lebih afdhal.
Semoga Allah s.w.t memberi petunjuk kepada kita agar kita dapat melaksanakan solat dengan cara terbaik sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Wallahu ‘a’lam.
salam..tnye ustaz anda itu sumber drpd mane?
LikeLike
Terima kasih atas soalan sahabat.
Sebenarnya Allahyarham Tok Ayah Soh adalah seorang guru agama berpendidikan pondok dan kebanyakan kitab yang saya lihat semasa beliau mengajar, menelaah dan membuat rujukan adalah kitab-kitab jawi lama atau ada orang sebut sebagai kitab tua.
Wallaahu a’lam.
LikeLike