Solat khusyuk anggota badan

Sebagai seorang beriman kita dituntut supaya sentiasa meningkatkan kualiti solat. Solat berkualiti adalah solat yang khusyuk hati pada Allah s.w.t. Apabila hati khusyuk, anggota badan pun turut khusyuk.

Tahap kekhusyukan hati dalam solat adalah bergantung pada kebersihan hati kita. Hati yang bersih lebih senang mengingati Allah s.w.t biarpun di luar solat. Apatah lagi di dalam solat.

Kita hendaklah berusaha membersihkan hati kita kerana ia adalah cara mencapai kekhusyukan dalam solat dan merapatkan hubungan kita sebagai seorang hamba dengan Yang Maha Pencipta.

Selain daripada menjaga hati daripada lalai semasa solat, menjaga anggota badan juga penting dan sebahagian daripada ciri-ciri solat berkualiti. Orang yang menjaga kualiti solat akan mengambil berat akan pergerakan anggota badan semasa solat.

Menjaga pergerakan anggota badan bermaksud mengelakkan daripada melakukan pergerakan yang bukan rukun solat sekalipun pergerakan yang tidak membatalkan solat.

Alangkah indahnya solat seseorang yang menahan diri dengan tidak melakukan pergerakan selain daripada yang rukun seperti menggaru-garu dengan jari, mengusap janggut, menyapu hidung dan perbuatan-perbuatan seumpanya yang tidak membatalkan solat.

Sungguhpun perbuatan-perbuatan (pergerakan) tersebut dilakukan dengan cara yang tidak membatalkan solat, tetapi kualiti solatnya sudah merosot. Pahalanya sudah berkurang.

Yang paling penting, secara tidak sedar (atau pun sedar tetapi mengambil ringan) pergerakan atau perbuatan sedemikian turut menjejaskan perhatian pada solat itu sendiri sebagaimana yang dituntut oleh agama.

Mungkin ada antara kita yang pernah dalam mimpi melihat baginda nabi s.a.w bersolat . Tetapi dalam alam nyata, kita tidak berkesempatan melihat bagaimana baginda s.a.w bersolat.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa seorang sahabat nabi bersolat dengan badannya ketika qiam (berdiri) tegak diam tidak bergerak sehingga burung datang hinggap pada badan sahabat berkenaan.

Itu sahabat nabi. Cuba kita bayangkan bagaimana pula hal keadaannya solat baginda nabi? Sedangkan baginda nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud solatlah kamu sebagaimana kamu lihat daku bersolat.

Oleh itu marilah kita sama-sama mengambil berat dan menjaga perbuatan dan pergerakan badan kita semasa solat demi mencapai solat yang berkualiti . Jikapun kita tidak dapat mencapai solat tahap para nabi dan sahabatnya tetapi mudah-mudahan solat kita termasuk dalam kategori solat orang-orang khusuk dan kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamin.

Wallahu a’lam.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: