Masalah Sujud Dalam Keadaan Tidak Memakai Kopiah

Sujud adalah satu daripada rukun solat. Syarat sah sujud pula ialah dahi mestilah menyentuh lantai atau sajadah apa-apa alas tempat sujud.

Jadi bagaimana halnya orang (lelaki) yang bersolat dengan tidak memakai kopiah terutama bagi mereka yang panjang rambutnya boleh menutup sebahagian dahi semasa sujud?

Ada yang berpendapat atau mempunyai pemahaman bahawa tidak sehelai rambut pun yang dibenarkan menghalang dahi daripada menyentuh tempat sujud. Adakah pendapat atau pemahaman itu betul?

Kalau betul memang mendatangkan masalah kepada mereka yang bersolat dengan tidak memakai kopiah. Sehingga ada mereka yang bertindak menyeka rambut (menolak rambut ke atas) semasa melakukan sujud.

Perbuatan tersebut boleh mencacatkan kesempurnaan solat kerana menambahkan bilangan pergerakan yang tidak termasuk dalam rukun solat.

Pada mereka jika tidak diseka rambut takut-takut sujud mereka tidak sah lantaran terhalang oleh walau sehelai rambut pun.

Bagaimanapun saya berpuas hati dengan penjelasan oleh seorang ustaz lulusan daripada Yaman yang mahir dalam hukum-hakam fekah.

Menurut ustaz itu, tidak mengapa jika ada rambut yang menghalang sebahagian dahi daripada menyentuh tempat sujud selagi ada bahagian dahi yang menyentuh tempat sujud.

Maksudnya semasa sujud memadai jika terdapat sebahagian daripada anggota dahi yang menyentuh tempat sujud walaupun ada sebahagian yang lain terhalang oleh rambut.

Tetapi sujud tidak sah jika rambut menutupi keseluruhan dahi sehingga tiada lagi bahagian dahi yang menyentuh tempat sujud.

Wallahu a’lam.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: