Mengenang Allah S.W.T

Bagaimana dapat kita mengenang Allah s.w.t Tuhan Yang Maha Agung sedang kita tidak dapat melihat Dia?

Kenangkanlah Allah dengan mengenang segala Nikmat dan Pemberian-Nya kepada kita. Renunglah apa-apa yang kita ada sekarang. Dulunya tidak ada. Semua Pemberian Allah s.w.t Tuhan Yang Maha Pemurah.

Sewaktu dilahirkan, kita tidak berpakaian. Kita tidak mengerti apa-apa selain daripada menangis meminta susu daripada ibu. Allah Yang memberikan rezeki kepada ibu bapa kita untuk menjaga dan membesarkan kita. Dia Yang membimbing ibu bapa kita untuk mendidik dan mengajar kita.

Setiap detik Allah s.w.t telah memelihara kita. Hari ini kita adalah kita seperti diri kita pada hari ini. Bukan diri kita seperti keadaan kita semasa baru dilahirkan. Kita tahu berpakaian dan tahu memilih pakaian yang baik-baik.

Bukan keadaan kita semasa kita kecil tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang tidak. Dia memberikan kita akal sehingga kita tahu membuat pilihan dan keputusan. Dulu kita tidak tahu apa itu kebenaran dan apa itu kebatilan.

Dia Yang memberikan dan menunjukkan kepada kita Agama yang suci sehingga dapat mengenal antara kebenaran dan kebatilan. Dulu kita tidak tahu apa itu kesesatan. Dia Yang memberikan kita petunjuk sehingga kita dapat memilih jalan yang benar dan meninggalkan jalan yang sesat.

Semua itu adalah nikmat kurniaan Allah kepada kita. Sebelum ini kita tidak ada semua itu. Kita tidak ada segalanya itu.

Tetapi bila dikenang kita tidak dapat menolak kebenaran yang segalanya adalah kurniaan Allah s.w.t semata-mata. Bila dikenang lagi maka hadir rasa syukur atas segala itu. Rasa syukur yang tulus daripada seorang hamba yang fakir kepada Pencipta Yang Maha Kaya.

Renunglah sejenak untuk mengenang Allah dengan mengenang akan nikmat dan pemberianNya kerana renungan yang sejenak itu akan melahirkan rasa syukur dalam hati sanubari. Kerana renungan yang sejenak itu lebih baik daripada dunia dan segala isinya.

Tanamlah benih-benih syukur ke dalam hatimu dengan mengenang Tuhanmu. Nanti akan tumbuh pucuk-pucuk rindu di dalam hatimu untuk ingin dekat dan ingin bertemu dengan Tuhanmu.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: