Salam Aidil Fitri

Terlebih dahulu Suarataqwa memohon maaf kerana tidak sempat mengucapkan salam Aidil Fitri yang sudah seminggu berlalu kerana pulang beraya di kampung.

Namun rasanya belum terlewat untuk Suarataqwa mengucapkan Salam Aidil Fitri buat saudara/saudari sahabat sekalian. Serta diucapkan tahniah atas kejayaan melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna.

Semoga hari raya kali ini disambut dengan penuh kegembiraan, keinsafan dalam suasana kesedarhanaan sebagaimana yang dianjurkan oleh agama Islam.

Menurut pensyarah saya yang mengajar Bahasa Arab di UPM, ucapan lazim dalam kalangan masyarakat Arab dalam menyampaikan salam hari raya ialah “Kullu’am wa antum bi khoir”. Maksudnya “semoga tuan sepanjang tahun dalam keadaan baik”.

Oleh itu pada kesempatan ini suarataqwa ingin mengucapkan salam Aidil Fitri, Selamat Menyambut Hari Kemenangan dan kullu’am wa antum bi khoir. Mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap.

Semoga Allah s.w.t mengampuni segala dosa kita dan menerima segala kebaikan yang telah kita kerjakan. Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamin.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: