Kejayaan Hakiki

Kejayaan sementara adalah kejayaan yang boleh hilang semula setelah kita mendapatnya. Kejayaan kekal ialah kejayaan yang tak akan hilang dalam milik kita setelah mendapatnya.

Kejayaan dunia atau keduniaan (duniawi) adalah kejayaan sementara. Kejayaan akhirat atau keakhiratan (ukhrawi) pula adalah kejayaan kekal.

Kejayaan hakiki adalah kejayaan kekal iaitu yang akan dinikmati dalam alam akhirat. Ia ditentukan pada penghujung kita di dunia (khotimah). Orang yang benar-benar berjaya adalah orang yang mendapat penghujung atau kesudahan yang baik (bi-husnil khotimah).

Orang yang benar-benar gagal pula adalah orang yang penghujung atau kesudahan hidupnya tidak baik (bi-suuil khotimah). Mohon perlindungan Allah s.w.t daripada kesudahan hidup yang tidak baik.

Lantaran itu sebagai seorang beriman, tanpa mengabaikan keperluan duniawi, kita dituntut supaya memberikan lebih perhatian kepada kejayaan untuk kehidupan alam akan datang – kehidupan alam akhirat. Kerana kejayaan dan kehidupan alam akhirat adalah kejayaan dan kehidupan yang kekal abadi.

Semoga Allah s.w.t memberikan Taufik dan HidayahNya kepada kita untuk sentiasa melihat akan kejayaan akhirat itu lebih besar dan lebih utama.

Wallahu a’lam.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: