Amalan Duduk Istirohah Dalam Solat

Duduk Istirohah ialah duduk seperti duduk tahiyyat awal buat seketika iaitu sekadar bacaan Subhanallah antara sujud kedua dan sebelum bangkit ke qiam (berdiri) untuk rakaat yang berikutnya.

Maksudnya bangkit sahaja daripada sujud kedua disunatkan duduk seketika seperti duduk tahiyyat awal sebelum kita terus bangun berdiri semula bagi rakaat yang berikutnya.

Melaksanakan duduk istirohah setiap sebelum bangun ke rakaat seterusnya adalah lebih afdhal. Demikian menurut apa yang diajarkan oleh guru saya Tok Guru Haji Jusoh.

Kita dituntut mengerjakan solat mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Sebagaimana sabda Baginda Nabi s.a.w dalam satu hadis yang menyuruh umatnya bersolat sebagaimana Baginda bersolat.

Amalan duduk istirohah ini walaupun bukan rukun solat tetapi dilakukan oleh Baginda Nabi s.a.w. Ia menjadikan solat kita lebih sempurna kerana menuruti sunnah Baginda Nabi s.a.w dan mendapat pahala tambahan. Lebih-lebih solat fardhu perlu dilaksanakan dengan sempurna.

Semoga dapat sama-sama mengamalkannya. Wallahu a’lam.

  1. #1 by ummuzubair on Ogos 18, 2011 - 2:17 am

    insyaallah cuba utk amalkan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: