Kelebihan Sunnah Nabi Hisap Jari Selepas Makan

Saya ada seorang kawan yang telah berhenti kerja sebab kena penyakit angin ahmar. Sebagai pilihan saya mencadangkan untuk berniaga di pasar malam. Petang itu saya keluar bersamanya untuk membantu dia berniaga di pasar malam.

Dia boleh memandu kereta walaupun doktor tidak menggalakkannya memandu sendiri. Selepas kami berjumpa di suatu tempat yang dijanjikan, saya pula memandu keretanya sementara dia di sebelah. Kami ambil peluang itu untuk berbual-bual tentang agama.

Perbualan kami telah masuk ke bab penyakit yang berkaitan angin. Lalu kawan saya menceritakan tentang bahaya angin yang masuk ke dalam jantung. Agak pelik saya mendengarnya kerana selama ini saya hanya dengar tentang angin di dalam badan khususnya di dalam perut.

Ada seorang, cerita kawan saya, telah meninggal kerana serangan jantung. Apabila doktor memeriksa didapati serangan jantung tersebut disebabkan angin yang masuk ke dalam jantung pesakit itu. Kes seperti ini memang jarang berlaku dan sukar dicegah.

Walaupun pihak doktor tahu bahaya angin masuk ke dalam jantung tetapi kata kawan saya tiada perubatan moden yang boleh mencegah atau merawat angin yang sudah masuk ke dalam jantung. Lalu doktor tadi bertanya dengan seorang ustaz yang tahu juga tentang perubatan, bagaimana untuk membuang angin yang masuk ke dalam badan, khususnya di dalam jantung?

Ustaz tersebut memberitahu setakat ini hanya ada satu cara iaitu dengan menghisap jari selepas makan. Amalan menghisap jari selepas makan boleh menyedut keluar angin (yang berlebihan atau memudaratkan) yang berada di dalam badan.

Kawan saya menyambung ceritanya mengatakan menghisap jari selepas makan adalah amalan Sunnah Nabi kita s.a.w. Cara bagaimana Nabi s.a.w menghisap jari ada bermacam-macam pendapat.

Tetapi yang penting saya mendapat kesedaran bahawa setiap Sunnah Nabi s.a.w pasti membawa kebaikan bukan sahaja mendapat ganjaran pahala malah untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup kita.

Betapa besar kelebihan Sunnah Nabi sehingga penyakit yang tidak dapat dirawat dengan perubatan moden boleh disembuhkan hanya dengan amalan sunnah Nabi s.a.w.

Semoga Allah s.w.t memberikan Taufik dan Hidayah-Nya agar kita sentiasa dapat mengamalkan sunnah baginda Nabi s.a.w yang mulia ini.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: