Kualiti Puasa dan Hasil Kerja

Kita sering mendengar contoh penting tentang kemenangan tentera Islam dalam perang badar semasa bulan ramadhan. Ini adalah satu contoh besar yang boleh kita renungi. Satu teladan mudah yang dapat kita pelajari daripada sejarah perang Badar itu ialah kekuatan luar biasa yang dikurniakan Allah s.w.t kepada orang-orang yang berpuasa.

Namun hari ini saya percaya masih ramai tercari-cari apakah kekuatan yang mampu diperoleh dalam kehidupan kita sehari-hari sepanjang melaksanakan puasa bulan ramadhan ini? Dengan soalan lain apakah kelebihan yang dapat kita lihat atau peroleh secara tunai hasil daripada puasa kita?

Mari kita lihat apakah prestasi kerja kita semasa bulan biasa dan apakah keadaannya pada bulan puasa ini? Ada orang mengatakan puasa boleh menjejaskan prestasi kerja. Oleh itu ada orang bersedia untuk bertolak ansur dengan hasil kerja yang kurang baik – kurang produktiviti dan kurang kualiti atas alasan kerana puasa.

Adakah anggapan itu betul? Pastinya tidak. Dan pada saya itu tidak sepatutnya. Persepsi puasa menjejaskan prestasi kerja adalah tidak benar. Sebenarnya kemerosotan atau peningkatan tahap prestasi kerja semasa bulan puasa merupakan petunjuk pada kualiti puasa seseorang itu sendiri.

Jika kualiti puasa kita baik maka hasil kerja kita pun sepatutnya baik. Maksudnya ia akan mencapai tahap kualiti dan produktiviti yang lebih baik daripada bulan-bulan biasa. Begitulah sebaliknya jika hasil kerja kita merosot, ia turut menggambarkan kualiti puasa yang kita laksanakan perlu disemak. Tentu ada yang tidak kena dengan puasa kita.

Pada saya bulan puasa langsung tidak menjejaskan kerja saya. Alhamdulillah dari segi kualiti kerja saya pada bulan puasa selalunya semakin meningkat. Malah banyak perkara rumit yang sukar diselesaikan sebelum bulan puasa telah menemui jalan penyelesaiannya. Dengan pertolongan Allah s.w.t ada penyelesaian yang agak luar biasa dengan idea datang tidak disangka-sangka.

Pengalaman yang lalu membuatkan saya sentiasa menunggu setiap kali kedatangan ramadhan dengan meletakkan harapan positif dan peluang untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang rumit berkaitan kerja yang masih belum selesai kerana kesukaran dan halangan-halangan tertentu.

Sebagaimana kata seorang kawan saya seorang yang tekun dan gigih bekerja, “sesungguhnya bulan puasa membolehkan kita menyelesaikan perkara-perkara sukar dengan lebih mudah”.

Sebelum itu saya tidak sedar perbezaan atau peningkatan yang saya capai dalam bulan puasa. Tetapi kata-kata kawan saya itu telah menyedarkan saya betapa pada bulan puasa kita dapat menggandakan lagi hasil kerja kita – jika puasa kita betul (berkualiti).

Semoga Allah s.w.t memberikan Taufik dan Hidayah kepada kita agar kita mendapat kekuatan untuk menjaga puasa kita dan melaksanakan tugas, tanggungjawab dan amanah dengan sebaik-baiknya.

Wallhu’alam.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: