Banyak Orang Terlupa

Banyak orang terlupa masa sihatnya
Lebih panjang daripada masa sakitnya
Banyak orang terpedaya merasa
Masa sakitnya yang singkat
Lebih panjang daripada
Masa sihatnya yang panjang

Banyak orang terlupa
Lalu ingin sihat sentiasa
Dan bimbang sakit menimpa
Banyak orang terpedaya
Akan kelalaian melingkungi masa sihat
Banyak orang terlupa
Akan keinsafan mengiringi semasa sakit

Banyak orang terlupa
Lalu sering mengeluh
Kerana sakitnya lambat sembuh
Banyak orang terpedaya
Lalu tidak berasa bersalah
Kerana lalai mensyukuri sihatnya

Banyak orang terlupa
Diri sentiasa
Tidak lepas daripada dosa
Banyak orang terlupa
Diri perlu banyak
Bertaubat sentiasa

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: