Cabaran Berpuasa Dulu dan Kini

Zaman sudah terlalu jauh berubah. Cabaran berpuasa yang dialami oleh orang dulu-dulu lebih hebat berbanding orang-orang pada hari ini. Dan hari ini ada cabaran-cabaran baru yang sedang kita tempuhi.

Dulu dalam berpuasa orang tua-tua kita tabah melaksanakan kerja-kerja berat seperti bersawah, bertani, berkebun dan menangkap ikan di laut. Tidak dapat dibayangkan betapa hebat cabaran mereka menahan haus dahaga dan lapar dalam panas terik matahari demi mencari rezeki halal tanpa mengabaikan perintah agama.

Lapar dan dahaga memang merupakan ujian hebat bagi orang tua-tua kita berpuasa. Tetapi hari ini kebanyakan kita yang bekerja di pejabat-pejabat atau di tempat-tempat berhawa dingin tidak dapat menyelami makna lapar dan dahaga semasa berpuasa yang sebenar-sebenar sebagaimana telah dirasai oleh orang tua-tua kita dulu.

Seharusnya dan sewajarnya kita kena rasa bersyukur dengan kesenangan yang dikurniakan Allah S.W.T sehingga membolehkan kita dapat berpuasa dan mencari rezeki tidak seteruk yang dialami oleh mereka yang dahulu.

Selain itu kita yang bekerja dalam keadaan selesa, dengan kemudahan untuk berkomunikasi perlu sedar akan cabaran yang kita hadapi. Mungkin kita tidak akan berasa lapar dan dahaga. Tetapi kemudahan yang kita peroleh melalui teknologi komunikasi seperti Internet dan telefon bimbit pula akan membawa pengaruh terhadap kualiti puasa kita.

Jika kita tidak berhati-hati dan menggunakan kemudahan yang kita ada dengan bijak dengan berlandaskan hukum-hukum agama maka kualiti puasa kita bukan sekadar terjejas bahkan mungkin lebih teruk lagi.

Sama-samalah kita memelihara puasa kita daripada perbuatan dosa dan sia-sia yang mudah sekali dilakukan melalui teknologi komunikasi yang ada di depan atau di tangan kita.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: