Surau Assirathul Mustaqeem

Mungkin tidak ramai yang menggunakan laluan Jalan Reko perasan kewujudan sebuah surau kecil terletak antara Jalan Reko dan landasan keretapi berhampiran stesen keretapi/komuter Kajang. Pintu masuknya berhampiran dengan stor KTM yang kelihatan kusam.

Kesibukan laluan di Jalan Reko menyebabkan kita tidak sempat menoleh ke kiri kanan jalan untuk meninjau sesuatu yang menarik. Lebih-lebih lagi surau yang kelihatan seperti tidak akan bertahan lama kerana di depannya terdapat taman perumahan yang majoriti didiami oleh masyarakat bukan Islam.

Itu dulu. Tetapi pada suatu malam sewaktu menghantar saudara-mara di stesen keretapi Kajang saya ternampak di seberang sana kubah sebuah masjid yang dihiasi lampu berwarna-warni. Terasa pelik dan tertanya-tanya masjid yang mana satu kerana setahu saya tidak ada pun masjid di sana.

Pada hari minggu lepas semasa melalui Jalan Reko untuk ke pekan Kajang, saya sempat meninjau lebih dekat lokasi masjid yang saya lihat pada malam itu. Rupa-rupanya ia terletak di hujung stor KTM antara landasan keretapi dan Jalan Reko.

Ia sebenarnya bukan masjid tapi surau lama yang dibina semula dengan reka bentuk sebuah masjid moden dengan saiz yang sederhana. Kebetulan masa itu azan zuhur sedang dilaungkan. Lalu saya singgah untuk solat zohor berjemaah.

Imam yang mengimami solat zohor adalah seorang ustaz keturunan india muslim. Reka bentuknya dan struktur pentadbirannya juga nampak ada persamaan dengan masjid india.

Berada dalam surau pada waktu zuhur hari itu amat menenangkan hati saya. Dengan angin petang yang bertiup masuk menyusuri landasan keretapi menambahkan lagi ketenangan dan kedamaian.

Disebabkan rasa tertarik dengan reka bentuk dan ketenangan surau itu lalu sebelum meinggalkan melangkah keluar saya sempat mencari papan tanda untuk mengetahui nama surau itu.

Itulah Surau Assiratul Mustaqeem yang menggantikan surau lama di tepi landasan keretapi. Kini sesiapa sahaja yang lalu ikut Jalan Reko akan perasan kewujudannya lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Bersyukurlah kita kepada Allah S.W.T kerana dalam kesibukan lalu lintas dan dihimpit arus pembangunan, masih muncul lagi sebuah surau (masjid) yang melonjakkan lagi syiar Islam.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: