Banyak Mengingati Mati Mendatangkan Banyak Keinsafan

Assalamu’alaikum saudara-saudari sahabat suarataqwa,

Selamat melaksanakan ibadat puasa ramadhan tahun ini dengan penuh cemerlang.

Pagi tadi saya menerima berita daripada ayah saya memberitahu berita kematian emak saudara, kakak ayah saya. Emak saudara yang mesra dengan panggilan Wak meninggal pada pagi tadi kerana diserang angin ahmar sejak dua minggu lepas.

Kami sekeluarga mengalami kesukaran untuk menziarahi jenazah Wak kerana kampung halaman Wak dan tempat dia meninggal terletak di Selatan Thailand. Tambahan pula saya berada di luar negeri kelahiran, Kelantan. Sedih juga rasanya tidak dapat meziarahi jenazah Wak.

Wak yang berusia sekitar 75 tahun telah pergi dalam ramadhan tahun ini yang baru masuk hari ketiga. Kehilangan Wak benar-benar kami rasai kerana dia ialah anak sulung daripada 11 orang adik-beradik. Semoga pemergian Wak dalam bulan yang penuh berkat ini diiringi dengan Keampunan dan Rahmat Allah S.W.T Tuhan yang Maha Pengampun Lagi Maha Pemberi Rahmat.

Semoga kisah yang saya kongsikan ini dapat menjadi peringatan kepada kita semua supaya sentiasa mengingati mati kerana sesungguhnya kematian itu amat dekat dengan kita. Kerana sesungguhnya mengingati mati jua mendatangkan banyak keinsafan kepada kita.

Sekian, wassalam

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: