Syukur Bertemu Kembali Ramadhan

Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuh,

Saudara-saudari sahabat suarataqwa yang dikasihi sekalian.

Bulan ramadhan kini hampir tiba. Mudah-mudahan kita diberikan kesempatan untuk melaksanakan ibadat puasa ramadhan tahun ini.

Marilah sama-sama kita mengucapkan Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran ke Hadrat Allah S.W.T kerana masih lagi memanjangkan usia kita dan memberikan kesempatan sekali lagi kepada kita untuk melaksanakan Rukun Islam yang suci ini – ibadat puasa ramadhan.

Sementara itu mungkin ada rakan-rakan, saudara, sahabat-handai dan mereka yang terdekat dengan kita yang baru sahaja dipanggil menghadap Allah S.W.T Tuhan Rabbul Jalil.

Namun kita masih lagi diberikan kesempatan yang sangat berharga ini. Justeru marilah sama-sama kita berazam untuk menunaikan dan melaksanakan ibadat puasa ramadhan tahun dengan lebih baik daripada tahun-tahun yang sudah.

Usia kita saban tahun kian bertambah. Lantaran itu jika dihisab baki usia yang kita ada bermakna kesempatan untuk kita bertemu ramadhan juga semakin berkurang.

Memang lumrah apa-apa yang semakin berkurang menjadi semakin berharga. Begitu juga kesempatan kita bertemu ramadhan sememangnya semakin berharga.

Sekali lagi saya mengajak agar kita sama-sama menghargai kesempatan yang semakin berharga dan tidak terkira nilainya ini dengan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.

Semoga Allah S.W.T memberikan kekuatan, taufik dan hidayahNya agar kita dapat melaksnakan ibadat puasa ramadhan tahun ini dengan puasa yang lebih berkualiti.

Wassalam.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: