Perjuanganku

Perjuangan hidup ini
Bagai di sebuah hutan
Aku berjalan
Dalam gelita malam
Untuk keluar dari sarang musuh
Bercabang-cabang jalan dan simpang
Hanya satu sahaja jalan lurus untuk selamat
Itu pun bentuknya sungguh keliru
Kerana setiap simpang dan jalan
Hampir serupa
Di sini perlu mata yang terang untuk melihat
Serta matahari cemerlang untuk memilih jalan lurus

Musuh tak pernah tidur
Selagi darah mengalir
Musuh selagi itu menyerang
Dan perjuangan tak akan berakhir
Musuh hanya akan pergi
Dihalau kematianku
Serentak dengan itu
Berakhirlah perjuanganku

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: