Kelebihan Menyimpan Janggut

Kita tentu sedia maklum tentang tanggungjawab dan tuntutan seseorang muslim terhadap amalan sunah Nabi kita. Betapa besar ganjaran pahala bagi orang yang dapat mengamalkan sunah Nabi lebih-lebih lagi pada zaman kerosakan ini – zaman kemaksiatan dan kemungkaran.

Saya pernah mendengar syarahan ustaz-ustaz mengatakan barang siapa yang dapat mengamalkan sunah Nabi pada zaman kerosakan ini bagi mereka adalah ganjaran sepuluh pahala mati syahid.

Menyimpan janggut adalah sunah Nabi. Sesiapa yang menyimpan janggut dengan niat mengamalkan sunah Nabi sudah pasti mendapat ganjaran pahala daripada Allah s.w.t.

Tetapi hari ini orang lebih suka untuk mengetahui kelebihan-kelebihan lain yang diperoleh dalam mengamalkan sesuatu amalan baik seperti yang dilakukan oleh Nabi. Banyak orang pada masa kini bila nampak kelebihan barulah mula hendak mempercayai kebaikan itu adalah sebenar-benarnya baik dan berfaedah kepada kita.

Oleh sebab itu saya ingin berkongsi sedikit kelebihan menyimpan janggut. Dalam kuliah agama selepas maghrib di masjid Kajang, ustaz berkenaan telah menyentuh soal kelebihan menyimpan janggut.

Kata ustaz, daripada penemuan kajian didapati menyimpan janggut merupakan faktor kesuburan lelaki untuk mendapatkan zuriat (anak). Beliau menerangkan bahawa dari segi saintifik, janggut berfungsi mengeluarkan hormon-hormon tertentu yang dapat meningkatkan kesuburan lelaki.

Nah! ternyata sekali dalam setiap sunah Rasulullah bukan sahaja terkandung kebaikan dalam bentuk ganjaran pahala malah bermanfaat dalam kehidupan manusia di dunia.

Semoga kita dapat mengambil manfaat daripada ilmu yang dikongsikan ini dan sampaikan kepada saudara-saudara kita yang lain.

Wallahua’lam.

  1. #1 by Wiki Malaya on November 10, 2016 - 2:44 pm

    lepas ni kena simpan janggut, sunnah nabi tuu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: