Akhlak Buah Amal

Kata seorang guru tasauf: “Akhlak adalah buah amal”.

Untuk melihat tanda amalan seseorang itu berhasil dan diterima Allah S.W.T ialah dengan melihat pada akhlaknya. Jangan lihat dulu pada orang lain. Lihat pada diri kita sendiri dulu.

Jika kita rasa kita sudah beramal, bagaimana dengan akhlak kita pada mata orang lain? Yang menjadi ukuran ialah adakah akhlak kita selari dengan akhlak Junjungan Besar kita Rasululullah S.A.W?

Boleh diumpamakan amalan yang banyak tetapi tidak berhasil adalah umpama sebuah pokok yang besar dan rendang tetapi tidak mengeluarkan buah.

Amalan yang diterima Allah S.W.T mesti ikhlas. Walaupun sedikit ia mesti berkualiti. Jika banyak tetapi tidak berkualiti – masih bercampur aduk dengan unsur-unsur syirik, riak dan ujub maka ia tidak diterima Allah S.W.T.

Sama-samalah kita menyemak amalan kita agar sentiasa ikhlas kepada Allah S.W.T. Semoga dengan itu amalan kita diterima Allah S.W.T dan dapat membentuk akhlak kita sebagaimana Akhlak Rasulullah S.A.W.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: