Lakukan Biarpun Sedikit

Saya pernah mendengar seorang ustaz berpesan semasa menyampaikan pengajaran agama, “Lakukan amal baik biarpun sedikit”. Kata ustaz lagi syaitan sentiasa mencegah anak Adam daripada melakukan kebaikan dengan membisikkan tipu muslihat ke hati anak Adam.

Bisikan syaitan seperti ini mungkin pernah melintasi hati kita: “kebaikan ini sikit sahaja, tinggalkan sahaja dan cari kebaikan yang lebih banyak”.

Orang yang terpedaya dengan bisikan syaitan akan meninggalkan kebaikan yang terdetik di hatinya untuk dilakukan kerana terpengaruh dengan tipu daya syaitan.

Dia mencari-cari kebaikan yang lebih besar untuk dilakukan. Bila tiba peluang, kebaikan yang lebih besar tidak termampu dilakukan kerana banyak halangan seperti tidak sempat masa, tidak sihat, tidak terdaya atau penat dan sebagainya.

Akhirnya kesemua kebaikan baik yang kecil mahupun besar terlepas dengan kerugian yang disambut dengan keriangan syaitan.

Hendaklah kita sedar bahawa meninggalkan kebaikan yang kecil kerana untuk mencari yang lebih besar adalah tipu daya syaitan yang telah berjaya mengelirukan sekian banyak anak Adam.

Lakukanlah kebaikan biarpun sedikit kerana yang sedikit itu biasanya mudah untuk dilakukan. Lama-kelamaan akan menjadi banyak.

Apatah lagi jika dibuat dengan cara istiqomah – berterus-terusan. Menangislah syaitan.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: