Kesabaran Sebenar

Untuk melihat tahap kesabaran diri kita, lihat tepat pada masa kita ditimpa sesuatu keburukan atau musibah atau perkara-perkara yang tidak kita ingini.

Bukannya selepas itu. Jika seseorang dapat menghadapi dengan tenang dan redha semasa kejadian buruk sedang menimpanya, itulah kesabaran yang sebenar.

Jika selepas itu hati sudah sejuk dan dapat memikirkan baik buruk lalu seseorang menerimanya dengan pasrah – itu juga termasuk dalam golongan sabar tetapi tidak setinggi yang pertama tadi.

Kata guru saya, sebenar-benar sabar itu ialah kesabaran kamu tatkala kamu menghadapi musibah.

  1. #1 by makngah kina on Julai 11, 2011 - 2:25 am

    benar..

  2. #2 by tienna77 on Julai 20, 2011 - 7:49 am

    betul kah……apakah yang kita akan dapat berkat daripada kesabaran yang tak bertempat..

    • #3 by suarataqwa on Julai 20, 2011 - 9:56 am

      Terlebih dulu suarataqwa mengucapkan terima kasih kerana memberikan komen.

      Kesabaran terletak dalam hati. Perkara atau hal yang tidak kita ingini – yang bertentangan dengan kehendak kita adalah ujian yang datangnya daripada Allah S.W.T. Jika kita sabar dan redha dengan ujian dan takdir Allah S.W.T kita tetap akan mendapat pahala. Malah darjat kita semakin tinggi di sisi Allah S.W.T. Namun sebaliknya jika kita tidak redha dengan ujian dan takdir yang menimpa kita – yang telah dan tetap berlaku maka kita akan mendapat dosa. Kerana menjadi kewajipan insan untuk sabar dan redha dengan Yang Maha Pencipta.

      Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: