Kepulangan Guruku

Semalam, 19 Jun 2011, selepas pulang solat fardhu zohor berjemaah, saya menerima berita kematian seorang lagi orang yang dikasihi.

Kali ini giliran guru yang mengajarkan saya Al-Quran sejak kanak-kanak lagi hingga menjadikan saya boleh mengenal dan mampu membaca kitab suci Al-Quran.

Beliau adalah seorang guru agama yang berpendidikan sekolah pondok dan mahir dalam hukum-hukum Al-Quran dan Feqah.

Beliau pulang menghadap Allah S.W.T. Tuhan Yang Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani akan hamba-hambanya. Dalam kesedihan itu, terselit perasaan gembira kerana pemergian guruku dalam keadaan tenang sekali. Dimaklumkan beliau yang sudah berusia lebih 80 tahun uzur sejak dua-tiga hari lalu. Sebelum pemergiannya semalam, beliau sempat menunaikan solatnya yang terakhir iaitu solat fardhu zohor.

Selepas solat beliau berbaring untuk berehat. Tetapi kemudian disedari oleh anak-anak bahawa baringan beliau merupakan baringan yang panjang. Beliau pergi dengan aman. Semoga Allah S.W.T mengampunkan segala dosanya, meRahmatinya dan menempatkan beliau di sisi orang-orang yang soleh.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: