ALLAH S.W.T Maha Berkuasa

Sesungguhnya Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Kuasa. Dia Maha Berkehendak. Manakala manusia dan sekalian makhluk tidak mempunyai sebarang kuasa.

Apa-apa yang terdaya dilakukan oleh makhluk adalah atas keizinan Allah S.W.T semata-mata.

Sekiranya seluruh manusia atau seluruh makhluk berkumpul dan berusaha untuk menolak daripada terjadi sesuatu perkara yang telah ditetap terjadi oleh Allah S.W.T, maka nescaya tidak akan berjaya usaha tersebut. Ketetapan Allah S.W.T tetap terjadi.

Begitu juga sekiranya seluruh manusia dan makhluk berkumpul, bersatu untuk menjadikan berlaku sesuatu yang telah ditetapkan Allah S.W.T kejadian tersebut tidak akan berlaku, maka nescaya tetap tidak akan berlaku.

Manusia dan seluruh makhluk adalah Ciptaan Allah S.W.T tidak dapat melakukan apa-apa selain yang diizinkan Allah S.W.T sahaja.

Setiap orang islam yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T hendaklah mengakui kebenaran ini dengan keyakinan padu tidak berbelah bahagi.

Namun dalam kehidupan, oleh kerana kita belum mengetahui setiap sesuatu yang diinginkan akan terjadi atau tidak, maka sebab itu kita berusaha.

Tetapi kita perlu sentiasa yakin bahawa Yang Menentukan segala-gala adalah Allah S.W.T

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: