Penting Pendidikan Solat Anak Seawal Usia

Menuruh sebuah hadis sabdaan baginda nabi s.a.w bahawa solat adalah tiang agama. Meninggalkan solat adalah menegakkan agama manakala meninggalkan solat adalah meruntuhkan agama.

Masa kini keruntuhan akhlak anak remaja semakin hari makin serius. Ia tidak lain adalah berpunca daripada pegangan agama yang nipis. Anak-anak remaja yang rosak akhlak rata-rata tidak taat mengerjakan solat. Malah ada antaranya yang tidak tahu bersolat.

Maka tidak hairanlah mengapa mereka terjerumus dalam lumpur dosa dan noda. Sedangkan ada antara mereka tahu membaca Al Quran.

Ibu bapa memang mengambil berat tentang pendidikan anak-anak termasuk pembelajaran membaca Al-Quran. Tetapi pada masa yang sama banyak kalangan ibu bapa tidak mengambil berat akan kewajipan solat terhadap anak-anak mereka dengan sangkaan memadai dengan mempelajari asas-asas solat dan tidak perlu dipantau.

Sebenarnya anak-anak perlu dipantau secara dekat dalam hal mendidik mereka mengerjakan solat terutama semasa peringkat seawal usia. Pada usia antara 3 hingga 7 tahun, ibu bapa sepatutnya sudah mula melakukan usaha untuk menjadikan anak-anak mereka seorang yang taat mengerjakan solat iaitu dengan memberi galakan, dorongan dan rangsangan.

Memang Rasulullah berpesan agar ibu bapa menyuruh anak-anak bersolat apabila usia mereka tujuh tahun. Tapi adakah kita betul-betul faham dengan hadis tersebut?

Adakah apabila usia anak mencapai 7 tahun pada masa itu baru kita mula hendak pertama kali memberi arahan atau menyuruh anak kita bersolat? Sedangkan untuk perkara-perkara lain seperti pendidikan akademik ibu bapa sudah mula lakukan pelbagai usaha sejak seawal usia.

Maksudnya mengambil langkah menerapkan amalan solat kepada anak sejak awal usia adalah selaras dengan pesanan baginda Nabi s.a.w kerana ia akan memudahkan ibu bapa mengamalkan pesanan Rasulullah s.a.w.

Apabila dibentuk lebih awal, pada usia 7 tahun anak-anak sudah biasa dengan solat dan memudahkan tugas ibu bapa mengamalkan hadis berkenaan. Seterusnya ibu bapa perlu memantau supaya ia dilakukan secara berterusan dan konsisten dan pada masa yang sama mendidik dalam memperbaiki solat anak-anak.

Jangan biarkan anak-anak tidak kenal solat sejak kecil dengan sangkaan mereka akan lakukan bila sudah besar. Sikap beginilah yang menyebabkan masalah gejala sosial anak remaja pada hari ini.

Semoga Allah s.w.t memberikan kekuatan kepada saya dan saudara untuk mendidik anak-anak sejak sewal usia demi memastikan mereka menjadi generasi yang taat mengerjakan solat kerana solat adalah tiang agama.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: