Menanti Kehadiran Ramadhan

Ramadhan tahun ini semakin dekat. Ada yang rasa macam tidak sabar-sabar lagi nak menyambutnya.

Biasanya kemeriahan bulan ramadhan terasa dengan suasana meriah ibadat solat terawih berjemaah.

Dalam melaksanakan ibadat solat terawih, makin ramai yang keliru dan tidak dapat membezakan yang mana satu lebih afdhal antara ibadat fardhu dan ibadat sunat. Mungkin sedar atau tidak, tetapi kekeliruan dapat dilihat pada beberapa tanda.

Pertama, banyak surau seolah-olah menganggap solat terawih lebih penting daripada solat fardhu. Solat fardhu isyak dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa kononnya untuk membolehkan solat sunat terawih dimulakan lebih awal bagi memberikan cukup masa kepada solat sambil khatam al-Quran untuk tempoh satu bulan.

Sedangkan pada hakikatnya, taraf ibadat fardhu adalah jauh lebih tinggi dan tidak dapat dibandingkan dengan ibadat sunat seperti solat terawih.

Kita sebagai pengikut ajaran dan sunnah Nabi S.A.W dituntut supaya menjaga ibadat fardhu iaitu mengerjakan dengan sebaik-baiknya. Selepas yang fardhu sempurna maka barulah dikerjakan yang sunat.

Yang sunat, kalau dikerjakan dapat pahala dan jika ditinggalkan tidak berdosa.

Mengerjakan solat fardhu isyak dengan tergesa-gesa dengan alasan untuk memberi laluan kepada solat sunat tarawih adalah kelemahan umat islam masa kini yang sudah terpedaya dengan jerat syaitan laknatullah.

Jadi, sempena kedatangan ramadhan kali ini, jangan kita terpedaya dengan jerat syaitan. Sempurnakanlah yang fardhu dengan sebaik-baiknya dan buatlah yang sunat sekadar ikut kemampuan. Itu adalah terlebih baik daripada sibuk mengejarkan yang sunat sedang yang fardhu penuh cacat-cela.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: