Perhitungan Di Akhirat

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarokaatuh.

Bertemu kembali saudara muslimin muslimat sidang pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian.

Semasa mengunjungi ijtimak tabligh pada hari terakhir, saya sempat mendengar sedikit bayan (syarahan) subuh oleh seorang daripada ulamak yang hadir menghidupkan perhimpunan sedunia itu.

Di sini suka saya cerita sedikit apa yang dapat saya ingat dengan bayan yang disampaikan.

Setelah meninggal seseorang, maka bermulalah perjalanan panjang dalam satu alam baru untuk menuju hari akhirat.

Di hari akhirat kelak, setiap perbuatan manusia akan dihitung oleh Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Perkasa Lagi Maha Agung. Sehinggakan binatang pun akan dihitung dan dibalas akan perbuatan mereka.

Sebagai contoh, sekiranya seekor kambing bertanduk pernah menanduk kambing lain yang tidak bertanduk, maka di hari akhirat, kambing yang bertanduk tadi akan dihitung dan dikenakan balasan setimpal dengan perbuatan kesalahannya.

Betapa Maha Adilnya Allah S.W.T. Dan selepas keadilan terlaksana, kesemua binatang yang bersalah dan tidak bersalah akan dibinasakan kembali dengan dihancurkan menjadi debu.

Apatah lagi manusia yang telah dikurniakan akal fikiran yang sihat, pasti akan menghadapi hari perhitungan dan pembalasan – sesudah mati.

Dan orang-orang yang berdosa dan mati dalam keadaan kufur (nauzubillah) akan dimasukkan ke dalam neraka. Lamanya mereka akan tinggal di dalam neraka adalah bukan sehari, setahun, seratus tahun atau seribu tahun, bahkan mereka akan tinggal di dalamnya BUAT SELAMA-LAMAnya. Abadan, abada, kekal buat selama-lamanya. (Nauzubillahiminzaalik).

Mereka cuba hendak keluar, tetapi akan dihalang oleh para malaikat penjaga neraka. Pada masa itu mereka akan berkata, alangkah baiknya sekiranya aku di dunia dahulu dijadikan sebagai binatang, biarpun hanya sebagai seekor anjing kerana anjing akhirnya akan dihancurkan menjadi debu.

Mereka terus kekal di dalam neraka tanpa kesudahan. Kalau hidup di dunia ini akan berkesudahan dengan kematian, tetapi di hari akhirat kelak, Allah S.W.T telah mematikan mati – iaitu tiada lagi kematian. Kematian telah dihapuskan. Tidak ada lagi mati.

Jika nasib seseorang itu syurga, mereka tidak akan keluar lagi dan terus berada di dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan buat selama-lamanya.

Sebaliknya kalau nasib seseorang itu malang yang mati tanpa iman maka nerakalah buat selama-lamanya. Mohon Allah S.W.T lindungi kita semua daripada menerima nasib yang amat malang ini.

Sekian buat kali ini, Insya-Allah bertemu lagi.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: