Dari Maju Express Way ke Masjid Sri Petaling

Saudara pembaca yang dikasihi sekalian,

Maaf kerana sudah agak lama kita tidak berbicara sebab faktor kesibukan dan masa kurang mengizinkan.

Kali ini ST ingin membicarakan tentang jalan mudah untuk singgah di Masjid Sri Petaling (MSP).

Sekiranya saudara berulang alik atau lalu antara Putrajaya dan Kuala Lumpur menggunakan lebuh raya baru Maju Express Way, dan ingin singgah solat, saudara boleh keluar (exit) daripada lebuh raya tersebut berhampiran dengan Bandar Baru Sri Petaling.

Dari situ, tidak jauh, iaitu lebih kurang 1 KM sahaja terletak MSP. Sungguh mudah. Lepas itu saudara boleh meneruskan semula perjalanan.

Dalam perjalanan dari KL ke PTJY, apabila melewati kawasan BBSP, di sebelah kiri jalan kita boleh nampak dengan jelas MSP.

Dan jika saudara berada di ruang utama MSP menghadap ke kiblat, saudara boleh nampak melalui tingkap masjid, kenderaan-kenderaan yang merentasi lebuh raya tersebut.

Suasana itu membangkitkan suatu panorama indah dan unik kedudukan MSP di tengah-tengah bandar dan perumahan di pinggir lebuh raya bertingkat yang merentasi kota.

Selamat mengunjungi MSP.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: