Apa Yang Lebih Baik Buat Kita

Apa yang ada di tangan kita adalah lebih baik untuk kita daripada apa yang ada di tangan orang lain biarpun yang kita ada nampak sedikit berbanding dengan yang orang lain ada.

Allah S.W.T Tuhan yang menciptakan kita, dunia dan segala isinya dan Dia yang Maha Mengetahui apa yang baik untuk kita pada masa-masa tertentu dan apa yang tidak baik untuk kita pada waktu itu.

Dia dengan sifat Rahim-Nya sentiasa memelihara kita daripada kejahilan kita lalu tugas kita adalah wajib sentiasa bersyukur akan apa yang diberikan kepada kita pada masa ini.

Tetapi ia tidak bermakna kita tidak perlu berusaha mencari yang lebih baik cuma jangan kita sekali-kali mengeluh dengan apa yang kita ada sekarang ini serta menggunakan dan memanfaatkannya dengan sebaik-baik mungkin.

Umpamanya umur kita yang masih ada ini dengan kesihatan tubuh badan dan akal yang baik seharusnya kita gunakannya untuk meningkatkan ketaatan kita kepada Allah S.W.T.

Jangan pula kita dalam mengimpikan sesuatu yang lebih baik daripada pandangan mata kita apa-apa yang dimiliki oleh orang lain akan melemahkan semangat kita dan menghilangkan rasa kesyukuran kita. Tetapi kita sebaiknya hendaklah terlebih dahulu mensyukuri apa yang kita ada dan barulah menguatkan niat untuk berusaha mendapatkan sesuatu yang lebih baik demi kerana Allah S.W.T.

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan diri saudara-saudari sekalian bahawa ingatlah apa yang ada pada kita iaitu yang dikurniakan Allah S.W.T kepada kita buat masa ini, biarpun sedikit adalah jauh lebih baik buat kita berbanding apa yang dikurniakan kepada orang lain biarpun banyak kerana Allah S.W.T lebih mengetahui hal keadaan seseorang dan apa yang baik bagi seseorang pada sesuatu masa.

Jadi janganlah kita rasa kecewa disebabkan apa yang kita hajati tidak kita peroleh. Sesunguhnya kita dilahirkan bukan untuk kecewa tetapi untuk terus-menerus berusaha sehingga mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Wassalam

  1. #1 by Arief Rantau on April 14, 2009 - 1:10 am

    sepakat.. hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan jangan pernah menyerah (laskar pelangi the movie)
    More Laskar pelangi

    moga-moga bermanfaat ;))

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: