Perniagaan Di Depan Masjid Sri Petaling

Bertemu kembali saudara pembaca yang Dikasihi dan DiRahmati Allah S.W.T sekalian.

Kali ini ingin saya bercerita sedikit tentang urusan perniagaan di MSP pada malam minggu. Jika saudara datang ke MSP pada malam minggu, tuan-tuan boleh lihat di sepanjang lebih kurang 100 meter dari jalan raya ke pintu pagar masjid, berderetan gerai yang menjual bermacam jenis barangan pakaian dan makanan yang berlandaskan Islam.

Di sebelah kanan lorong berderetan gerai jualan pakaian seperti jubah, kopiah, dan pakaian-pakaian bercirikan sunah Nabi.  Di tepi kaki lima pula beberapa penjual minyak wangi yang memperagakan pelbagai jenis haruman minyak wanginya bersuluhkan limpahan cahaya lampu peniaga di atas kaki lima.

Perniagaan kelihatan agak ringkas (simple) dengan suasana tenang, tanpa unsur-unsur promosi. Sukar hendak saya gambarkan suasananya. Tapi apa yang saya rasa apabila berada dilorong niaga itu ialah seolah dapat membayangkan kepada saya mungkin macam inilah suasana perniagaan yang berteraskan ajaran etika perniagaan Islam dan mengikut sunah Nabi.

Sementara di permulaan lorong tersedia gerai roti canai, capati dan teh tarik untuk pengunjung mengalas perut dan menghilangkan haus.

Manakala di sebelah kanan pula terdapat gerai menjual buah-buahan berasal dari timur tengah seperti kurma, tin, zaitun, kismis, dan lain-lain.

Berhampiran gerai buah-buahan itu pula terdapat gerai menjual barang-barang keperluan dapur yang hanya dikeluarkan oleh orang-orang Islam sahaja. Barangan seperti minyak masak, kicap, sos cili, sos tomato, sardin, bihun, mee kering, jem, kordial sehinggalah kepada barangan pencuci seperti sabun basuh, sabun mandi, ubat gigi serta ubat-ubatan.

Semuanya keluaran Islam yang terjamin halal. Gerai ini amat sesuai bagi mereka yang benar-benar mencari produk-produk yang halal sebagai alternatif kepada produk yang dijual di pasar raya-pasar raya yang kita tahu sungguhpun terdapat logo halal tetapi kita masih perlu berhati-hati.

Jika saudara-saudara ingin melihat sendiri sambil mendapatkan sedikit barang keperluan, cuba datang tinjau-tinjau di sana kerana mungkin ada yang sesuai dengan cita rasa saudara.

Satu lagi ciri yang menarik ialah dari segi harga, barangan dijual di sini tidaklah tinggi harganya dan boleh ditawar.

Seperkara lagi yang menjadikan perniagaan di sini unik dan menarik ialah ia hanya akan dibuka atau beroperasi selepas tamat program malam markaz iaitu selepas majlis bacaan kisah-kisah sahabat yang dijalankan sebaik sahaja selepas selesai solat fardhu Isya’.

Oleh kerana solat Isya’  berjemaah pada malam markaz ditunaikan pada jam 9.15 malam dan diikuti dengan kisah para sahabat, jadi waktu niaga gerai-gerai tadi bermula lebih kurang jam 9.45 malam.

Biasanya para peniaga mula mengemaskan gerai-gerai mereka pada hampir jam 11.30 malam. Jadi jika sahabat lalu di sekitar situ pada malam minggu antara jam 9.00 hingga 11 malam, saudara masih ada masa untuk singgah mencari barang keperluan.

Sekian sahaja untuk kali ini. Semoga cerita ini berguna buat saudara pembaca semua.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: