Majlis Kerohanian

Saudara dan saudariku yang dikasihi sekalian,

Kali ini izinkan saya bercerita sedikit mengenai pengisian malam markaz di Masjid Sri Petaling(MSP).

Dalam majlis bayan yang disampaikan oleh pendakwah yang mengorbankan masa dan harta di jalan Allah Taala, ia penuh dengan perkara-perkara kerohanian yang boleh menginsafkan hati-hati yang mendengar.

Berada pada majlis yang menerangkan bagaimana Rasulullah dan para sahabat beliau berkorban demi untuk agama, demi menyampaikan dan mengembangkan agama, kita akan segera insaf betapa lalai dan cuainya kita pada hari ini.

Kita mendapat nikmat beragama kerana pengorbanan Nabi S.A.W dan para sahabat. Jika tidak kita masih berada dalam kesesatan dan kegelapan. Tetapi hari ini kita yang sepatutnya meneruskan usaha Naba S.A.W masing-masing sibuk dengan urusan keduniaan, mencari rezeki hingga tidak ada masa untuk agama.

Lebih teruk lagi bukan untuk menyampaikan kepada orang-orang islam yang lain, bahkan untuk keluarga sendiri sudah terabai.

Saya tidak mampu menghuraikan segala ketenangan dan keinsafan berada dalam majlis yang berlangsung lebih daripada sejam pada setiap malam minggu itu.

Untuk memahami dan merasai pengalaman ketenangan, terutama saudaraku yang lelaki, bolehlah datang bersolat berjemaah dan duduk dalam majlis tersebut dengan hati yang rela tanpa paksaan daripada sesiapa.

Dikatakan barang siapa berada dalam majlis-majlis zikir, iaitu majlis mengingati dan membesarkan Allah S.W.T, maka Allah S.W.T akan mengampunkan dosanya dan dosa kedua-dua ibubapanya.

Sekian dulu untuk kali ini, semoga berjumpa lagi… Insya-Allah

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: