Selamatkan Diri & Keluarga Daripada Api Neraka

ALLAH S.W.T berfirman, Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada panas api neraka.

Dalam rumah tangga, suami adalah seorang ketua dan pemimpin kepada keluarga. Manakala isteri sebagai pembantu yang sentiasa memberi sebarang bentuk kerjasama bagi membantu suami memudahkan pelaksanaan amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin dan ketua keluarga.

Antara tugas utama suami ialah memastikan diri, isteri dan anak-anaknya sentiasa mematuhi dan mentaati perintah Allah S.W.T.

Si isteri pula hendaklah patuh kepada arahan suami selagi tidak bertentangan dengan hukum agama. Keingkaran terhadap perintah dan arahan suami merupakan satu penderhakaan dan dosa yang tidak boleh sama sekali dilakukan oleh isteri.

Jika si isteri mematuhi suami, maka mudahlah tugas suami melaksanakan tanggungjawabnya.

Mendidik anak-anak bukan sekadar memberi makan, minum, pakaian, pelajaran. Tetapi yang lebih penting dan utama ialah mengajar ilmu agama supaya anak-anak memahami kehendak dan tuntutan agama.

Ingatlah setiap kita yang bergelar suami akan disoal di akhirat kelak apakah kita telah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan Allah kepada kita.

Isteri juga akan disoal apakah mereka mematuhi mentaati suami mereka dan mengerjakan kewajipan agama.

Isteri dan anak-anak boleh mendakwa dan menyalahkan bapa-bapa mereka kerana tidak memberi pengajaran dan pendidikan agama yang telah menyebabkan mereka berada dalam kejahilan dan melanggar perintah Allah S.W.T.

Dari itu, suara taqwa ingin mengajak semua suami dan isteri supaya bekerjasama mewujudkan sebuah rumah tangga yang berteraskan ketaatan kepada perintah Allah S.W.T dan mengikuti sunnah Nabi S.A.W.

Sama-sama kita jaga diri dan keluarga kita daripada azab api neraka.

Wassalam

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: