Buatlah Apa Yang Kita Suka

KITA adalah makhluk ciptaan Allah s.w.t. Jika kita rasa ingin bebas sepenuhnya dan ingin hidup dengan cara kita, teruskanlah. Dan jika KITA RASA NAK BUAT APA SAHAJA YANG KITA SUKA, TERUSKANLAH. Tapi ingat setiap apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan kepada kita untuk memberi penjelasan semasa disoal di akhirat kelak.

DIA memberi kebebasan kepada kita. DIA Maha Penyabar untuk tidak mengenakan hukuman terus di dunia ini terhadap kesalahan yang kita lakukan. Kalau diberikan pun sedikit sahaja sebagai ingatan dan pengajaran buat kita.

HARI AKHIRAT bukan khayalan. Ia adalah hari yang pasti ditempuh oleh setiap orang. Jika kita ingin lakukan apa sahaja ikut kemahuan dan cara kita, teruskanlah!

Kita sendiri yang tahu mana yang betul mana yang salah. Mana kebaikan mana pula kejahatan.

Sesungguhnya ALLAH S.W.T Yang Maha Adil Lagi Maha Pemberi Rahmat, telah menciptakan kita dengan akal yang waras dan meurunkan agama sebagai panduan hidup.

Terpulang kepada kita semua sama ada mahu patuh dan taat akan Perintah dan Suruhan-Nya.Terserah kepada kita!

Sama ada kita taat atau ingkar kepada Allah s.w.t, Allah s.w.t sama sekali tidak rugi atau tidak mendapat untung dengan apa yang kita lakukan.

Sebaliknya kita yang akan mendapat sama ada kerugian atau keuntungan. Kesannya adalah buat diri kita, bukan kepada Allah s.w.t kerana Dia Tuhan Yang Maha Sempurana, tidak memerlukan sebarang pertolongan daripada makhluk ciptaan-Nya.

Allah s.w.t Tuhan Yang Maha Esa Lagi Maha Adil. DIA telah menciptakan manusia dan menurunkan agama berserta nabi-nabi dan rasul-rasul sebagai utusan penyampai risalah petunjuk ke jalan kebenaran dan kejayaan.

Dia tidak membiarkan manusia tercampak di muka bumi ini tanpa bimbingan dan pedoman. Dia telah menurunkan Al-Quran dan mengirim kepada manusia Penghulu segala Nabi dan Rasul untuk menjadi pemimpin Agung kepada seluruh umat manusia.

Buatlah apa sahaja yang kita rasa nak buat. Tapi ingat! Kita adalah hamba ALLAH S.W.T, kita ada agama, kita ada Al-Quran, kita ada Rasullullah, kita akan pasti hadapi Hari Akhirat.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: