Dunia Sementara

Sesungguhnya dunia ini dijadikan Allah s.w.t dengan segala sifat kesementaraan. Tiada apa-apa yang kekal di dunia ini.

Apa yang dilihat adalah sementara. Apa yang dirasa adalah sementara. Apa yang dimiliki adalah sementara. Apa yang dinikmati adalah sementara. Apa yang dideritai adalah sementara.

Namun Allah s.w.t tidak menjadikan dunia dan kesementaraannya dengan sia-sia. Dia tidak memerintahkan kita melupakan dunia ini dan segala isinya hanya semata-mata disebabkan dunia ini sementara.

Malah Allah s.w.t memerintahkan manusia menggunakan segala kesementaraan sebagai modal buat memperoleh nikmat yang lebih baik dan kekal – keabadian hidup di akhirat.

Di atas dunia dan kesementaraannya juga, Allah s.w.t menuntut manusia taat beribadat kepadanya.

Dan di sebalik kesementaraan dunia, Yang Kekal adalah Allah s.w.t Tuhan Pencipta Yang Maha Agung.

Marilah sama-sama kita menggunakan dan memanfaatkan kesementaraan ini dengan sebaik-baiknya agar kita mendapat keredhaan Allah s.w.t serta berjaya di dunia dan di akhirat.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: