Ketenangan Hidup

Ketenangan hidup antara barang yang paling mahal dan berharga. Ketenangan tidak ternilai jika dibanding dengan kekayaan wang ringgit dan harta benda.

Ketenangan yang hakiki hanya ada dalam agama. Ketenangan hakiki hanya dapat diperoleh dengan mengingati Allah s.w.t Tuhan Pemilik Segala-gala yang nyata dan yang tersembunyi.

Ketenangan adalah milik Allah s.w.t dan bekasnya adalah hati-hati yang mengingati-Nya.

Marilah sama-sama kita memperbanyakkan usaha yang dapat meningkatkan hubungan kita – hubungan hamba dengan Pencipta.

Ramai orang yang telah berjaya mendapat segala nikmat duniawi berupa kekayaan dan harta benda sehingga mampu memperoleh apa sahaja keperluan dan keinginan.

Lantas mereka menjawab apabila ditanya erti kejayaan – kejayaan adalah bukan pencapaian segala material. Kejayaan adalah sebuah ketenangan hidup yang dengannya menjadikan seseorang dapat menjalani kehidupan dengan penuh aman, bahagia, dan sejahtera.

Sebab itu tidak hairan mengapa mereka yang sudah ada segala kemewahan duniawi, masih rasa belum mencapai kejayaan. Masih mereka mencari-cari sesuatu yang mereka belum miliki – iaitu ketenangan hati yang membawa natijah kepada ketenangan hidup.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: