Manusia Adalah Makhluk Terbaik

Allah s.w.t telah menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa Dia menjadikan manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Segala kejadian atau ciptaan Allah s.w.t adalah semata-mata untuk manusia.

Dan Allah s.w.t juga menjelaskan bahawa Dia tidak menjadikan atau mencipta makhluk yang bernama manusia atau insan melainkan supaya manusia menyembah dan memperhambakan diri kepada-Nya.

Allah s.w.t telah menciptakan siang dan malam. Dia menciptakan matahari untuk menerangi siang hari. Pada waktu awal pagi apabila kita bangkit dan tanpa membuka lampu, kita lihat di dalam rumah kita masih kabur tanpa cahaya lampu.

Dan bila kita menjenguk keluar rumah, cahaya matahari sudah menampakkan sinarnya, menerangi bumi menceriakan suasana pagi. Subhanallah, betapa agungnya ciptaan Allah s.w.t.

Terfikirkah kita sekiranya tidak ada matahari, suasana pada pagi hari sama seperti keadaan di dalam rumah kita yang tidak berlampu. Untuk dapat melihat di sekitar dalam rumah yang ditutupi dinding batu, kita kena memasang lampu. Untuk itu setiap bulan kita perlu membayar sekian bil untuk perbelanjaan elektrik.

Tetapi Allah s.w.t Tuhan yang Maha Pemurah telah memberikan kita cahaya yang terang lebih daripada cahaya lampu dan mempunyai manfaat besar kepada sekian banyak makhluk. Cahaya itu diberikan Allah s.w.t kepada kita secara percuma.

Allah s.w.t tidak meminta sebarang bayaran daripada kita. Dia hanya mahu kita bersyukur, ingat dan tunduk kepada segala perintahnya.

Maha Suci Allah s.w.t, Tuhan yang mencipta siang dan malam dan segala makhluk tanpa meminta sebarang bayaran. Dia jadikan semua itu adalah sebagai anugerah kepada kita yang bernama manusia agar menggunakan nikmat Allah dengan sebaik-baiknya.

Dia limpahkan kurniaan kepada kitan demi Sifat Kasih SayangNya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: